Instinct- Iftitah


Setelah melahirkan album pertama, Kaulah Permata, Instinct tampil dengan album kedua mereka, Iftitah. Album ini diterbitkan oleh Instinct Entertainment.

Sempena promosi dan pelancaran album ini, dapatkannya dengan harga istimewa: RM 12.00 (harga asal RM 14.90). Bukan itu sahaja, anda akan mendapat 2 lagu bonus. Anda perlu cepat kerana tiada jaminan 2 lagu bonus itu akan dikekalkan.


Album ini hanya dijual secara online. Maklumat lanjut boleh didapati [disini]

credit:http://studiokini.blogspot.com/

ALBUM SAAT LAFAZ SAKINAH [FAREAST]





















Nantikan kemunculan Album Terbaru dari Far East - Halawatul Iman II (Saat Lafaz Sakinah) akan release sekitar bulan April ini [jangkaan FN], insyaAllah.Semoga peminat Fareast sabar menanti album mereka yang bakal mewarnai lagu-lagu yang menarik daripada mereka.Kini kita dapat melihat artis-artis nasyid telah membuka lembaran baru dari segi penampilan,cover album yang mantap, paduan vokal setiap kumpulan nasyid sebgai contoh Mirwana, dan sebagainya.


sumber: http://fenomenasyid.blogspot.com

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

  • Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
  • Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya
  • Hati akan terseksa dengan arah rindu
  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
  • Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
  • Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
  • Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan
  • Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku
  • Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rmah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya
Nauzubillah


dipetik dari '"Pemilik Cintaku" karya Fatimah Syarha Mohd Noordin

Taqwim

Followers

About Me

My Photo
al-fikr
seorang hamba Allah yg dhoif yg memerlukan kasih-Nya...dilahirkan pd 24 Jan 1988...mendpt pendidikan di sek keb batu laut, sam unwanus saadah kanchong darat...kemudian belajar di universiti darul iman malaysia kampus kusza mengambil diploma pengajian islam al-quran & al-sunnah...kini menyambung sarjana muda fiqh & fatwa di universiti sains islam malaysia
View my complete profile

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Santai


ShoutMix chat widget

Doa

Tuhan...

Saat aku mencintai seorang teman

Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir

Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir

Tuhan...

Ketika aku merindukan seorang kekasih

Rindukanlah aku kepada rindu cinta sejati-Mu

Agar kerinduanku kepada-Mu semakin menjadi

Tuhan...

Jika aku hendak mencintai seseorang

Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu

Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu

Tuhan...

Ketika aku sedang jatuh cinta

Jagalah cinta itu

Agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu

Tuhan...

Ketika aku berucap aku cinta Pada-Mu

Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut kepada-Mu

Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu

Sebagaimana orang bijak berkata

Mencintai seseorang bukanlah apa-apa

Dicintai seseorang adalah sesuatu

Dicintai seseorang yang kau cintai sangatlah beerti