Antara Album Nasyid & Selawat Tahun 2010

Mirwana-Bumi akhir Usia
 
Rabbani-Mahabbah

Saujana-Nota Cinta

Fareast-Halawatul Iman 2

Hazamin-Zikir Keamanan

12 Cinta

Alunan Selawat-Selawat Istimewa

Alunan Zikir-Zikir Istimewa

Sami Yusuf-Wherever You Are

Raihan-Musafir Perjuangan

Riwayat Bidadari Syurga

Opick-Shollu Ala Muhammad

Nasyid Hits

Itqan-Rindu
 
Inteam & Unique-Nur Muhammad

Hijjaz-Permata Hijjaz

Gema Palestin

R-If-Percayalah
 
Castury-Seharum Kasturi Wangian Syurgawi

Azwan Ibrahim-Munajat Kasih

Inteam-International Edition

Amer Munawer-Seluruh Mahabbah

Dia Kekasih Allah

Genius Aulad Kids-We're Brothers & Sisters
 

Album Baru

Dapatkan album terbaru Azwan Ibrahim yang berjudul Munajat Kasih dipasaran sekarang. Ia mengandungi 11 track, antaranya:-
  1. Ana Al 'Abd
  2. Syahdu
  3. Subhanallah
  4. Munajat Kasih
  5. Hadith Qudsi
  6. Rindu Firdausi
  7. Syifa'
  8. Sifatullah
  9. Selawat Maulidurrasul
  10. Doa Taubat
  11. Doa Khatam Al-Quran

Album Baru

Dapatkan album terbaru Dia Kekasih Allah-Himpunan Lagu-Lagu Selawat karya & gubahan oleh Munif Ahmad dipasaran sekarang. Album ini mengandungi 16 track, antaranya:-
  1. Rasulullah (versi baru) 
  2. Az-Ziarah 
  3. Dia Kekasih Allah (versi baru) 
  4. Selawat Junjungan 
  5. Siratun Nabi  
  6. Muhammad Ya Nabiyina
  7. Ya Habibi Ya Muhammad 
  8. Qudwah Hasanah
  9. Muhammad Al-Huda
  10. Nur Muhammad 
  11. Budimu Rasulallah 
  12. Rasul junjungan (versi baru)
  13. Syafiuna Ya Rasulallah 
  14. Rasul Mulia 
  15. Ishtiqna  
  16. Kau Insan Sempuna (lagu baru)

Album Baru

Dapatkan album terbaru Itqan yang bertajuk Rindu yang sudah berada dipasaran sekarang. Menampilkan Ex Al-Anwar dan Rabbani. Album ini mengandungi 11 track, antaranya:-
  1. Selawat
  2. Senandung Kesyukuran
  3. Indahnya Kalam Tuhan
  4. Kasihmu Ibu
  5. Alangkah Indah
  6. Rindu Akhirat 
  7. Bisikan Rindu Buatmu Guru
  8. Iman Asas Keteguhan Ummah
  9. Surah-surah Al-Quran
  10. Narration: Khutbah Wida'
  11. Zikir Rindu

Album Baru

Dapatkan album terbaru Castury yang bertajuk Seharum Kasturi Wangian Syurgawi yang sudah berada dipasaran sekarang. Album ini mengandungi 7 track. Antaranya:-
  1. Kau Bernama Kasturi
  2. Hanya Pasrah Menanti
  3. Sandaran Harapan feat Azwan Fareast
  4. Lumrah Kehidupan
  5. Santun Berpesan feat Ayati Tasrip
  6. Hanya Pasrah Menanti Instrumental
  7. Sandaran Harapan Minus One

Album Baru

Sami Yusuf - Wherever You Are

Track Listing:
1. Wherever You Are
2. Salaam
3. Without You
4. You Came To Me (English)
5. Give The Young A Chance
6. Trials of Life
7. Worry Ends
8. Fragile World
9. In Every Tear, He Is There
10. Make Me Strong
11. No Word Is Worthy
12. Healing
13. You Came To Me (Arabic)
14. You Came To Me (Turkish)
15. You Came To Me (Farsi)

 

Album Terbaru

Album Opick yang berjudul Shollu Ala Muhammad yang mengandungi 10 track, antaranya:- 

01. Shollu Ala Muhammad feat Finalis FLO
02. Allahu Akbar
03. Andai Waktu Memanggil feat. Fira FLO
04. Dengan-Mu Aku Tenang
05. Sholawat Muhammad
06. Pengakuan (I’tiraf) feat. Inggrid FLO
07. Dunia Tanpa Cinta-Nya feat. Dian FLO
08. Tiada Duka yang Abadi
09. Nyanyian Sepi
10. Istighfar

Album Baru

Konsert Maher Zain Di MBSA Shah Alam


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA, SAHABAT-SAHABAT YANG BELAJAR DI UDM DAN DI USIM...MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Amalan Sunat Di Hari Raya Aidilfitri

  1. Bertakbir
  2. Mandi sunat, memakai pakaian yang terbaik dan berwangi-wangian
  3. Makan sebelum keluar rumah
  4. Pergi ke masjid dan pulang dengan melalui jalan yang berbeza
  5. Ucapan Hari Raya
  6. Solat sunat Hari Raya dan mendengar khutbah

Album Terbaru


12 Cinta ( Cinta Ilahi Cinta Insani)
Album ini merupakan terbitan syarikat Hafiz Hamidun. Album ini mengandungi 12 lagu, antaranya:-
  1. Cuba oleh Aidil
  2. Akan Ku Jumpa oleh Azfar
  3. Bersua Denganmu oleh Nur One
  4. Suara Azan oleh Fitri Haris
  5. Selalunya oleh Zaidan
  6. Ayah oleh Soufies
  7. Menanti Solehah oleh Aiman
  8. Kerana Doa oleh Nowseeheart  
  9. Ku Yakin Berlaku oleh Aidil feat Hafiz Hamidun
  10. Ratu Hati oleh Nur One
  11. Mistik Cinta oleh Iris Duo feat Ikram Mirwana
  12. Cinta Terakhir oleh Aiman
Dapatkan album ini yang akan berada dipasaran selepas Hari Raya Aidilfitri.

Album Terbaru

Album nasyid terbaru dari kumpulan R-iF. Kumpulan ini merupakan bekas pelajar politek. Ini merupakan album pertama mereka. Album ini mengandungi 11 track antaranya:-
  1. Sepi Cinta
  2. Percayalah
  3. Oh Mama
  4. Praise Allah
  5. Bicara Cinta
  6. Persona Dunia
  7. Satu Ummah
  8. Indahnya Dunia
  9. Inspirasi Cinta
  10. Kusesali Segalanya
  11. Insan Terulung

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan Karim

Amalan Sunat Di Bulan Ramadan

Dikenali juga sebagai bulan puasa, bulan al-Quran, bulan sedekah, bulan solat malam atau bulan kesabaran

i. Solat sunat Tarawih dan Witir pada waktu malam
ii. Memperbanyakkan membaca al-Quran
iii. Memperbanyakkan sedekah
iv. Memperbanyakkan ibadat pada waktu malam khususnya pada sepuluh malam terakhir
Ramadan
vi. Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah bulan ini meyamai
pahala satu haji bersama Rasulullah SAW

Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

www.iLuvislam.com

Amalan Sunat Di Bulan Syaaban

1. 15hb-Nisfu Syaaban

  • Hidupkan malam dengan membaca surah Yasin 3 kali dan berdoa supaya
          i.   Panjang umur serta dapat beribadat
          ii.  Murah rezeki
          iii. Tetapkan iman
  • Ibadat-ibadat lain
  • Terdapat khilafiah pendapat ulama terhadap amalan ini, terpulanglah kepada kita. Walaubagaimanapun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali
2. Digalakkan berpuasa kecuali pada hari syak iaitu 30hb Syaaban
     

Album Terbaru

Sila dapatkan album Gema Palestin yang disampaikan oleh artis seperti Rabbani, Far East, Saujana, Raihan, Akhil Hayy, Muadz, Hijjaz, Nowseeheart dan Inteam keluaran Inteam Records

Nota Hati Seorang Lelaki karya oleh Pahrol Mohd. Juoi

Dalam buku ini Pahrol Mohd. Juoi bukan sekadar bercerita tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki, tetapi dia juga turut menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain "gelanggang" juang seorang lelaki. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan

Kelebihan Berselawat

  • Ia merupakan salah satu amalan paling utama
  • Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa
  • Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW
  • Menjadi benteng sifat munafik dan kafir
  • Selamat daripada huru-hara hari kiamat
  • Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah
  • Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit
  • Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah
  • Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak
  • Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan
sumber: Indahnya Hidup Bersyariat

Novel: Denyut Kasih Medik

DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sunnguh membina, Denyut Kasih Medik karya oleh Dr Farhan Hadi.

Tempat Mustajab Berdoa

Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan di tempat yang bersih dan sesuai, tetapi yang afdalnya adalah di tempat-tempat berikut:

  • Apabila melihat Baitullah (Kaabah) di Makkah
  • Ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah
  • Di dalam Kaabah
  • Di sisi Multazam dan Hijr Ismail
  • Ketika melihat masjid Rasulullah SAW di Madinah
  • Di sisi telaga zamzam
  • Di atas Bukit Safa dan Marwah
  • Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s
  • Di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah
  • Di padang Arafah pada 9 Zulhijjah
  • Di Mina pada hari Tasyriq
  • Di dalam Masjid
  • Di sisi Jamratul Aqabah pada 11, 12, 13 Zulhijjah

Cantiknya Seorang Muslimah



Anda ingin lebih cantik dan menarik ???

- Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

- Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

- Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

- Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

- Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

- Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

- Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

- Bedakilah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Di mana cantiknya seorang muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Sumber : AltafDarwish

KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Album “WE’RE BROTHERS AND SISTERS”


Sila dapatkan album terbaru "We're Brothers and Sisters"
Terdapat 9 buah lagu di mana beberapa lagu dimulakan dengan ucapan-ucapan kecil mengenai tema lagu yang berkaitan


1. The Last Train
Komposer : Lab Lirik : Aisha Scott Abdullah
Tema: Walau sejauh mana pun kita pergi, Mekah dan Madinah
adalah tempat yang paling menjanjikan ketenangan jiwa .

2. We love Nabee Muhammad
Komposer : Ellay Lirik: Liz Azar Sleimann
Tema : ikrar sebagai seorang Muslim, keistimewaan sebagai umat Nabi.

3. When I Grow Up
Komposer : Lab Lirik: adik Safiah Hafiez
Tema : impian kanak-kanak apabila dewasa, segalanya adalah
ketentuan Allah. Versi Islamik untuk lagu `Que Sera-Sera’.

4. Presents
Komposer : Lab Lirik: Aisha Scott Abdullah
Tema: hari jadi, ingatan adalah hadiah paling berharga,
kasih sayang keluarga.

5. Ipoh Tree
Komposer : Ellay Lirik: adik Safiah Hafiez
Tema : hargai alam sekitar , sayangi hijauan alam,Allah memberi
kehidupan kepada semua.

6. My Kind Grandma
Komposer : Lab Lirik : Aisha Scott Abdullah
Tema : Hari Ibu, sayangi dan hormati orang tua.

7. Why
Komposer : Lab Lirik : Aisha Scott Abdullah
Tema : 5 perkara dalam rukun Islam , mengapa kita perlu tunaikan
setiap rukun tersebut.

8. Wudhu’
Hakcipta Terpelihara Lirik : adik Safiah Hafiez
Tema : cara-cara mengambil wudhu, galakan untuk rasa seronok
mengambil wudhu’ sebelum bersiolat.

9. We’re Brothers and Sisters
Komposer : Lab Lirik: Liz Azar Sleimann
Tema : hargai anak-anak , untuk kanak-kanak malang seluruh dunia,
Islam itu besaudara, sayangi dunia kita

Harga Pasaran : RM25.90 sahaja.

credit: http://fenomenasyid.blogspot.com

Khasiat Madu Lebah

  • Tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman
  • Mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau seseorang yang menggunakan tenaga dengan banyak
  • Walaupun mengandungi gula, tetapinya gula jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar
  • Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran 
  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada

ALBUM MAHER ZAIN KINI DI PASARAN MALAYSIA











Sila dapatkan album Maher Zain dipasaran Malaysia edaran oleh inteam records

VIDEO KLIP TERBARU IRSB ALBUM NASYID HITS

c

gh


Assalamualaikum...

Setelah sekian lama, ramai yang bertanya berkenaan video klip lagu-lagu terbaru dalam album Allahu Rabbi, Zikir Fikir, Nostalgia Nadamurni dan seumpamanya.

Terkini dari IRSB, album Nasyid Hits merupakan kompilasi terbaru lagu-lagu dari album Allahu Rabbi, Zikir Fikir, Nostalgia Nadamurni, dan Memori The Zikr.

Album Kompilasi Nasyid Hits dikeluarkan dalam 2 format CD audio dan VCD.

Bagi CD Audio, bonus 3 trek lagu baru turut dimuatkan iaitu lagu Kawan(Nazrey Johani), Menangis(Akhil Hayy), Berita Gembira (Nadamurni).

Antara video klip dalam format VCD ialah:

Allahu Rabbi
Kepastian
Dia Muhammad
Zikir Fikir
Senandung Anak Pejuang
Rasul Junjungan
Mana Milik Kita
Alangkah Indah Hidup Ini
Harapanku padaMu subur kembali
Secerah Pawana

dan banyak lagi...

Dapatkan dipasaran yang original!!!


sumber: inteam.com.my

Instinct- Iftitah


Setelah melahirkan album pertama, Kaulah Permata, Instinct tampil dengan album kedua mereka, Iftitah. Album ini diterbitkan oleh Instinct Entertainment.

Sempena promosi dan pelancaran album ini, dapatkannya dengan harga istimewa: RM 12.00 (harga asal RM 14.90). Bukan itu sahaja, anda akan mendapat 2 lagu bonus. Anda perlu cepat kerana tiada jaminan 2 lagu bonus itu akan dikekalkan.


Album ini hanya dijual secara online. Maklumat lanjut boleh didapati [disini]

credit:http://studiokini.blogspot.com/

ALBUM SAAT LAFAZ SAKINAH [FAREAST]





















Nantikan kemunculan Album Terbaru dari Far East - Halawatul Iman II (Saat Lafaz Sakinah) akan release sekitar bulan April ini [jangkaan FN], insyaAllah.Semoga peminat Fareast sabar menanti album mereka yang bakal mewarnai lagu-lagu yang menarik daripada mereka.Kini kita dapat melihat artis-artis nasyid telah membuka lembaran baru dari segi penampilan,cover album yang mantap, paduan vokal setiap kumpulan nasyid sebgai contoh Mirwana, dan sebagainya.


sumber: http://fenomenasyid.blogspot.com

Taqwim

Followers

About Me

My Photo
al-fikr
seorang hamba Allah yg dhoif yg memerlukan kasih-Nya...dilahirkan pd 24 Jan 1988...mendpt pendidikan di sek keb batu laut, sam unwanus saadah kanchong darat...kemudian belajar di universiti darul iman malaysia kampus kusza mengambil diploma pengajian islam al-quran & al-sunnah...kini menyambung sarjana muda fiqh & fatwa di universiti sains islam malaysia
View my complete profile

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Santai


ShoutMix chat widget

Doa

Tuhan...

Saat aku mencintai seorang teman

Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir

Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir

Tuhan...

Ketika aku merindukan seorang kekasih

Rindukanlah aku kepada rindu cinta sejati-Mu

Agar kerinduanku kepada-Mu semakin menjadi

Tuhan...

Jika aku hendak mencintai seseorang

Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu

Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu

Tuhan...

Ketika aku sedang jatuh cinta

Jagalah cinta itu

Agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu

Tuhan...

Ketika aku berucap aku cinta Pada-Mu

Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut kepada-Mu

Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu

Sebagaimana orang bijak berkata

Mencintai seseorang bukanlah apa-apa

Dicintai seseorang adalah sesuatu

Dicintai seseorang yang kau cintai sangatlah beerti