Nur One-Dengan KuasaMu


Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta

Du'a feat Ustaz Amal - Sahaja Aku Mencintai Mu


Ku cinta pada-Mu
Lebih dari segala-gala
Mampukah kupertahankan cinta ini
Dalam mengabdikan diri pada-Mu

Andai ada kata yang lebih baik
Dari ucapan terima kasih
Pastikan kuucap setulus hati
Tanda cintaku pada-Mu

Lailahaillallah, Allahu Rabbi
Lailahaillallah, Allahu Akbar!

Andai ada hadiah yang lebih baik
Dari melodi syukurku
Semestinya kupersembahkan pada-Mu
Tanda cintaku, tanda cintaku...
Pada-Mu!

Hasbi Rabbi jallallah
Mafi Qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah

Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap gerak kaki

Takkan pernah bermakna
Tanpa cinta-Mu..

Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a
Artis: Du'a feat Ustaz Amal
Music Arrangement : Bro Kautsar (Kalsa Studio)

Album Baru

Dapatkan album terbaru Hafiz Hamidun yang bertajuk Zikir Terapi Diri. Insyaallah, akan berada di pasaran mulai 5 Disember. Album ini mengandungi 11 track, antaranya:-

  1. Astaghfirullah
  2. La Ilaha Illallah
  3. Subhanallah
  4. Taubatan Nasuha
  5. Hasbi Rabbi
  6. La Hawla Wa La
  7. Alhamdulillah
  8. Ya Zaljala
  9. YaLLatif
  10. Allah
  11. Lawkana Bainana

Buku-buku Terbaru

 
Dari Fail Mahkamah Syariah
Oleh: Boestamam Ahmad & Farah Safura Muhammad
Harga : RM 25 (Sem. Malaysia) RM 27 (Sabah/Sarawak)

Kelebihan Selawat
Oleh: Maulana Muhammad Zakaria
Harga: RM 24 (Sem. Malaysia) RM 26 (Sabah/Sarawak)

Jejak 5 RRasul Di Tursina
Oleh: Ustaz Taha Hassan al-Qusyasyi
Harga: RM 20 (Sem.Malaysia) RM 22 (Sabah/Sarawak)


Imam Muda
Oleh: Ustaz Zulkifli Mat Arof
Harga: RM 20 (Sem.Malaysia) RM 22 (Sabah/Sarawak)

Selamatkan Akidah


Selamatkan Akidah

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Lagu: Isman Hijjaz
Lirik: Atie & edited by Munsyid

Tazkirah

Umar R.A. berpesan:

- Sesiapa yang banyak ketawa, maka wibawanya sedikit
- Sesiapa yang suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain
- Sesiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu
- Sesiapa yang banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya
- Sesiapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya
- Sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat waraknya
- Sesiapa yang sedikit sifat waraknya, maka hatinya akan mati

Album Baru

Dapatkan album sulong Access yang bertajuk Kunci Ke Kota di pasaran sekarang. Album ini boleh didapati melalui oleh Mohd Usaid di talian 013-2227864. Album ini mengandungi 9 track, antaranya:-

  • Semakin Hari Semakin Sayang
  • Erti Janji feat Hafiz Hamidun
  • Berjuta Juta
  • Saat Kau Tiba
  • Cinta Allah Cinta Rasul
  • Maafkanlah
  • Gemerlapan
  • Demi Hari Esok
  • Kunci Ke Kota

Album Baru

Dapatkan album sulong Demascus yang bertajuk Kita Berbeza di pasaran sekarang. Album ini boleh order melalui emel iaitu admin@thedemascus.com sekarang. Album ini mengandungi 6 track, antaranya:-


  • Kita Berbeza
  • Mengejar Sempurna feat Ikram Mirwana
  • Hadirmu (Versi Piano)
  • Masih Belum Berakhir
  • Selamanya
  • Hadirmu

Album Baru

Hamza Namira telah mengeluarkan album yang kedua yang bertajuk Insan. Album ini mengandungi 16 track, antaranya:-


01- Insan
02- El Medan
03- Hansaa
04- El Taghreba 2 ( Tzkrti )
05- Ya Mhween
06- Ew3dwni
07- Ebn El Watan
08- Baladi Ya Baladi
09- Ya Hanah!
10- Dawri
11- Haseer Hsarak
12- 3la Bab Allah
13- El Washwash
14- Sout
15- HelaHela ( Bonus )
16- Asmi Masr ( Bonus-Live )

Album Baru

Dapatkan album terbaru Inteam yang bertajuk Kembara Sedekad di pasaran sekarang. Album ini mengandungi 15 track, antaranya:-

1) Nur Kasih 2011 (Feat Munif Hijjaz, Hisyam & Suhaimi)
2) Iftar
3) Dia Muhammad (Lagu Terbaik AIM 17)
4) Bebas Palestin (Feat Zul Rabbani, Suffian Saujana & Azhari Nowseeheart)
5) TanpaMu
6) Asy-Syafie (feat Ust. Tahassan)
7) Detik Kematian
8) Salamun Salam (Feat Fareast, Akhil Hayy & Nazrey Johani)
9) Segenggam Tabah
10) Allahu Rabbi
11) Salamun Salam 2
12) Keluarga Penyayang
13) Zikrullah
14) Pemergianmu
15) Nur Muhammad (Feat Unic)

Album Baru

Dapatkan album sulong Masrie yang bertajuk Ramadhan Mulia di pasaran sekarang.Jika ingin mendapatkan album keluaran Jaringan Masry Enterprise sila hubungi bahagian pemasaran JME

Hafiz 0195139837
Aren 0195516055 
Pembelian Online : fb Masrie

Album ini mengandungi 11 track, antaranya:-
1. Terjemahan Hadis
2. Ramadhan Mulia
3. Zikir1
4. Ramadhan Mulia(versi live percussion)
5. Zikir2
6. Ramadhan Mulia (versi unplugged)
7. Terjemahan Hadis
8. Ramadhan Mulia (minus one)
9. Zikir3
10. Rasul Junjungan
11. Di Suatu Masa - Mizie

Album Baru

Dapatkan album terbaru Irfan Makki yang bertajuk I Believe di pasaran sekarang. Album ini mengandungi 13 track, antaranya:-

01. Waiting For The Call
02. Mabrook
03. I Believe Feat Maher Zain
04. Lab Pae Aati
05. Mamma
06. Palestine
07. Allahu,
08. You & i
09. Khayal
10. Al-Amin
11. i'am Sorry
12. I Believe Feat Maher Zain ( Acoustic Version )
13. Mabrook ( Urdu Version )

5 Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah

Bonus 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka berbuka

Bonus 3
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan

Bonus 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengejakannya). Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah. apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)

Album Baru

Dapatkan album terbaru Lagu-Lagu Raya oleh Artis-artis Hijjaz Records dipasaran sekarang. Album ini mengandungi 17 track, antaranya:-

1. Takbir Raya
2. Fitrah Hari Raya – Hijjaz, IM Nuri, IM Ashraf, IM Miril & Hijjaz Junior (Versi Baru)
3. Disuatu Hari Raya – UNIC | In-team
4. Salam Pertemuan – UNIC
5. Salam Kemaafan – Hijjaz
6. Senandung Aidilfitri – In-team | UNIC | Mestica
7. Suara Takbir – Hijjaz
8. Minal Aidin Wal Faizin – Hijjaz | UNIC | Mestica | Suhaimi
9. Zapin Hari Raya – UNIC | In-team
10. Selamat Hari Raya – ae-man
11. Sekuntum Kemboja Yang Gugur – Hijjaz
12. Hari Ini Hari Raya – ae-man
13. Semerbak Aidilfitri – Mestica
14. Kemaafan Di Aidilfitri – In-team
15. Selendang Lebaran – Hijjaz
16. Joget Lebaran – Hijjaz | UNIC | Mestica | Suhaimi | Diana Naim
17. Ramadhan Satu Anugerah – Nash & Hijjaz

Album Baru

Dapatkan album sulong Iwan Syahman yang bertajuk Segalanya Allah dipasaran sekarang. Iwan Syahman adalah merupakan bekas penyanyi dangdut. Kini beliau telah menerbitkan album nasyid. Album ini mengandungi 11 track, antaranya:-
  • Segalanya Allah
  • Shalat Dulu
  • Fadhilah Shalawat
  • Semua Allah Punya
  • Kalimah Toyyibah
  • Siksa Neraka
  • Pengasih
  • Ke Taman Syurga
  • Nasihah
  • Ke Jalan Lurus
  • Segalanya Allah (Versi AAsal)

Album Baru

Dapatkan album sulong kumpulan Hawary yang bertajuk Sahabat dipasaran sekarang. Album ini mengandungi 6 track, antaranya:-
  • Dunia Baru Islam
  • Sahabat
  • Perjuangan Hidup
  • Buatmu Guru
  • Idaman Hatiku
  • Sahabat (Minus One)

Album Baru

Opick telah mengeluarkan album barunya yang bertajuk The Best Of Opick. Album ini mengandungi 14 track, antaranya:-
  • Assalamualaikum
  • Maha Penyayang
  • Maha Melihat
  • Shollu Ala Muhammad
  • Tombo Ati
  • Rapuh 
  • Cahaya Hati
  • Astaghfirullah
  • Takdir
  • Bila Waktu Telah Berakhir
  • Haji
  • Keagunganmu
  • Rumput Bertasbih
  • Alhamdulilah

Devotees-Rindu Ramadhan

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Ya Ramadhan...

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaanya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan...

Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan
Ramadhan Ya Ramadhan

Ya Allah tolong sampaikan
Hajatku untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran
Ramadhan Ya Ramadhan

Keberkatan Selawat

            Ada seorang Yahudi menuduh seorang lelaki Muslim mencuri seekor unta. Bersaksilah empat orang saksi dan orang-orang munafik dengan kesaksian bohong. Maka Nabi pun memutuskan unta itu menjadi milik Yahudi dan akan dipotonglah tangan orang Muslim itu.

            Lelaki Muslim itu menjadi kebingungan lalu diangkat kepalanya ke langit dan berkata, "Ya Tuhanku dan junjunganku, Engkau mengetahui bahawa aku tidak mencuri unta ini." Kemudian dia berkata lagi, "Ya Rasulullah, keputusanmu adalah benar. Tetapi bertanyalah kepada unta ini mengenai aku."

            Bersabdalah Nabi Muhammad SAW kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini?" Berkatalah unta itu denagn kata-kata yang fasih, "Ya Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan saksi-saksi itu telah berbohong."

            Bersabdalah Nabi Muhammad SAW kepada unta itu, "Hai hamba Allah, ceritakanlah kepadaku apa sahaja yang engkau kerjakan sehingga Allah SWT membuat unta ini dapat berbicara mengenai engkau?" Lelaki itu menjawab, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku tidak pernah tidur pada malam hari kecuali sebelumnya aku membaca selawat kepadamu sepuluh kali."

            Nabi Muhammad SAW bersabda, "Engkau selamat daripada potong tangan di dunia dan engkau pun selamat daripada azab akhirat kelak di kemudian hari berkat bacaan selawatmu kepadaku."

Album Baru

Nantikan kemunculan album Hijjaz yang bertajuk Nostalgia Lagenda Vol. 3 Nadamurni (Ramadhan Satu Anugerah) yang akan berada di pasaran pada 25 Julai 2011. Album ini menampilkan penampilan istimewa iaitu Imam Muda Nuri. Album ini mengandungi 13 track, antaranya:-
  • Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (Versi Baru) 
  • Surah Al-Baqarah Ayat – 183  
  • Naration Ramadhan 
  • Amalan Ramadhan  
  • Hakikat Ramadhan 
  • Nasihat Ramadhan (Versi Baru)  
  • Hormatilah Ramadhan 
  • Rahsia Ramadhan  
  • Ramadhan Bulan Berkat (Versi Baru) 
  • Puasa  
  • Harapan Di Bulan Ramadhan 
  • Hikmah Ramadhan 
  • Rahmat Ramadhan (Versi Baru)

Album Baru

Dapatkan album baru Imam Muda yang bertajuk Memecah Tradisi di pasaran sekarang. Album ini mengandungi 8 track, antaranya:-
  • Pejuang Agama-Imam Muda 2
  • Zikir-Imam Muda 1
  • Ujian Hidup-Imam Muda 1
  • HambaMu-Mawi & Akhil Hayy
  • Selawat Ke Atas Nabi S.A.W.-Imam Muda 2
  • Pejuang Agama (Instrumental)
  • Ujian Hidup (Instrumental)
  • HambaMu (Instrumental)

Ujian Hidup

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
KepadaNya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingan

Ku serah takdir ditanganNya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hatiku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Dia dihatiku selalu
Memberikanku petunjuk
Apabila pemandangan samar

Biarpun hidup digoda
Ujian dan pancaroba
Pastikan ada hikmah di akhirnya

by Imam Muda

Demascus-Kita Berbeza

Pesanan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah  : “Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. Khatam Al Qur’an
2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

“Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?” Rasulullah tersenyum sambil bersabda : “Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
- MAFHUM DARI HADIS

10 Jenis Solat Tidak Diterima Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu adalah cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
Wallahualam.

5 Cara Pilih Sahabat Sejati

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI SAHABAT…

Album Baru

Dapatkan album terbaru Dhuha di pasaran sekarang. Album ini mengandungi 14 lagu yang ke semuanya lagu dalam Bahasa Arab. Ia sesuai untuk J-Qaf untuk mengajar Bahasa Arab. Antara lagu-lagunya ialah:-
  • التحيات
  • النظافة من الإيمان
  • في بيتنا
  • يا مربي
  • الشهور الهجرية والميلادية
  • عيد الميلادية
  • إلى حديقة الحيوانات
  • الأسرة
  • الأيام
  • جسمي
  • أدوات الدراسة
  • الألوان 1
  • الألوان 2
  • هيا نتعلم اللغة العربية

Kebaikan Terhadap Orang Yang Mengasihi Fakir Miskin

            Diriwayatkan bahawa pernah suatu musim kemarau menimpa Bani Israil dalam beberapa tahun yang berterusan. Ada seorang perempuan memiliki sepotong roti. Diletakkannya roti itu pada mulutnya untuk dimakan. Tiba-tiba datang seorang pengemis di depan pintu dan berkata, "Berilah aku kerana Allah, sepotong roti sahaja".
           
            Perempuan itu mengeluarkan roti itu dari mulutnya dan diserahkannya kepada pengemis itu. Kemudian perempuan keluar ke padang belantara untuk mencari kayu. Dia mempunyai seorang anak kecil yang turut dibawanya bersama. Tiba-tiba datang seekor serigala dan menangkap anak kecil itu serta membawanya lari. Terdengar suara jeritan. Bersegeralah perempuan itu mencari jejak serigala. Lalu Allah SWT mengutus malaikat Jibril a.s dan mengeluarkan anak itu dari mulut serigala.

           Diserahkannya anak itu kepada ibunya seraya berkata padanya, "Hai perempuan hamba Allah, puaskah engkau sesuap roti diganti dengan keselamatan anak?" Perempuan itu menjawab, "Ya".

           Terdengar suara mengatakan, "Demikianlah balasan kepada orang yang mengasihani orang miskin dan kelaparan. Kami selamatkan dan kami pelihara sebagai balasan bagi orang yang berbuat baik".

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Khusyuk di Masjid, Jujur di Pasar

            Imam Abu Hanifah (w. 150 H) ialah seorang peniaga sutera. Beliau menjual dan membeli sutera daripada para pelanggannya. Pada suatu hari, seorang wanita datang datang untuk menjual kain sutera miliknya. Abu Hanifah bertanya: "Berapa harga yang engkau inginkan? Wanita itu menjawab: "Seratus dirham".
           Abu Hanifah berkata: "Harga kain ini lebih mahal daripada itu. Berapa harga yang kau inginkan?" Perempaun itu menaikkan harga menjadi dua ratus dirham. Abu Hanifah tetap berkata: "Harganya lebih mahal daripada itu."
           Akhirnya perempuan itu berkata: "Engkau hendak mempermainkan aku?" Abu Hanifah menjawab: "Tidak. Jika engkau mahu tahu, sila datangkan seseorang yang benar-benar tahu harga sebenar kain ini."
           Wanita itu lalu menghadirkan seseorang yang mengetahui harga sebenar kain tersebut. Orang itu menilai kain itu dengan harga lima ratus dirham. Imam Abu Hanifah lalu membelinya denagn harga tersebut. 
           Kejujuran seperti ini yang kita harapkan daripada setiap orang yang melakukan solat. Dia tidak sekali-kali cuba mengambil kesempatan atas kekurangan orang lain, walaupun dia mampu melakukannya, apalagi menipu unutk keuntungan peribadi.

Irfan Makki feat Maher Zain-I Believe

Mawi, Akhil Hayy, Imam Muda - HambaMu

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

15 Perkara Anda Patut Tahu Sebelum Memilih Isteri

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.
“Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.” (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. – Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

**Sumber : kelantan.net

6 Kelebihan Hari Jumaat: Selamat Hari Jumaat

1Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Dipetik dari http://panduanislam.com/blog/

Bakal Terbit: majalah remaja Gen-Q: Generasi Quran Kreatif

Majalah GEN-Q – Generasi al-Quran Kreatif

Manual Remaja Bertakwa
Majalah Gen-Q membawa remaja atau generasi baru agar sentiasa mengingati bahawa Islam itu benar dan al-Quran itu sebagai petunjuk jalan ke arah ketakwaan kepada Allah s.w.t. Motif penerbitan Gen-Q adalah untuk membimbing pembacanya bersama-sama menjadikan Islam sebagai jalan hidup.
Islam itu amat luas dan infiniti, namun zaman sekarang ia dibatasi oleh golongan yang tidak mahukan Islam dengan menanam benih sekular ke dalam jiwa generasi baru melalui hiburan dan keseronokan. Agama Islam pula dijadikan sebagai agama keturunan dan ibadat dianggap sebagai satu adat. Islam diasingkan daripada kehidupan seharian yang lama-kelamaan ada yang menganggap beragama itu sebagai lambang kekolotan.
Gen-Q tidak mahu sama sekali ini terjadi kepada jiwa-jiwa muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Dengan tawaduk, para penulis dengan sebulat hatinya menawarkan diri untuk menyampaikan ilmu dan tazkirah juga teks santai sebagai alternatif kepada bahan pembacaan terkini.

Apa yang menarik dalam majalah Gen-Q?
Terbitan majalah terkini dan berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd ini meletakkan seratus peratus jalan Islam di dalam majalah Gen-Q. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi baru ke arah keredaan-Nya.
Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.
Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.
Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

Menjadi pelopor kepada majalah remaja Islamik
Sememangnya hajat penerbit yang mahukan dakwah menjadi teras kepada setiap apa yang diterbitkan, maka lahirnya majalah Gen-Q mengisi salah satu ruang yang masih kosong dalam bidang penerbitan majalah, iaitu pengisian Islami ke dalam jiwa remaja dan generasi baru.
Tidak boleh berkata tidak, setiap remaja yang dilahirkan Islam wajib istiqamah dalam pegangannya. Peranan ibu bapa dan pendidik pula adalah memastikan anak tanggungannya sentiasa mengikut rapat dalam lingkungan syariat Islam. Penerbitan majalah Gen-Q ini, dengan izin Allah, sebagai sekelumit bantuan kepada merealisasikan tanggungjawab ibu bapa dan pendidik itu untuk menjadikan mereka cemerlang di dunia dan akhirat.
Semoga hasil usaha team majalah Telaga Biru Sdn Bhd ini yang menerbitkan majalah Gen-Q – Generasi al-Quran Kreatif menjadi manual kepada kehidupan remaja dalam mengharungi kehidupan ke arah ketakwaan. Amin.

Dipetik dari Telaga Biru

Album Baru

Dapatkan di pasaran sekarang album terbaru Aidil yang bertajuk Cuba. Album ini mengandungi 8 track, antaranya:-
  1. Cuba
  2. Kira Engkau Tahu
  3. Di Dakap Cinta
  4. Ibarat Mujahadah
  5. Aku Percaya
  6. Apa Erti Cinta
  7. Ku Yakin Berlaku
  8. Semua Ini

Buku Baru

Maqasid Syariah












Maqasid Syariah
Allah SWT menurunkan syariat-Nya bagi membantu manusia melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Tujuan di sebalik setiap pensyariatan disebut sebagai maqasid. Maqasid Syariah adalah tujuan yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam setiap hukum. Allah SWT mensyariatkan hukum bertujuan menyelesaikan masalah dalam kehidupan manusia dengan membuka ruang bermanfaat serta menghindarkan mudarat. Maqasid Syariah dijejaki menerusi ayat al-Quran. Setiap suruhan dan perintah Allah SWT pastinya akan diakhiri dengan penerangan tentang maslahah (kebaikan) yang akan diperolehi oleh mereka yang melaksanakannya.

Dipetik dari Telaga Biru

Buku Baru

Menuju Iman











Dari Penjara Taliban Menuju Iman 
Buku Dari Penjara Taliban Menuju Iman adalah sebuah "inside story” atau sebuah “travelog” apa yang berlaku di bumi Afghanistan selepas keruntuhan WTC pada 11 September 2001 dan diikuti dengan serangan Amerika dan sekutunya ke atas bumi umat Islam itu. Tokoh yang dimaksudkan ialah seorang wartawan terkenal British yang juga seorang pejuang fahaman feminisme bernama Yvonne Ridley. Beliau ditahan oleh tentera Taliban dan dipenjara selama sepuluh hari pada tahun 2001. Kesalahannya - menyeludup masuk ke Afghanistan dengan menyamar memakai burka (purdah) untuk mendapatkan sebuah berita eksklusif tentang kehidupan kaum wanita di Afghanistan. Setelah dibebaskan dan kembali ke England, beliau masuk Islam dan berjuang membela Islam serta berusaha untuk membebaskan belenggu Islamofobia yang melanda dunia Barat. Buku karya Anton Kurnia ini memaparkan pengalaman Yvonne menjadi tahanan Taliban yang digembar-gemburkan sebagai rejim yang paling sadis di atas muka bumi ini. Peristiwa ini sangat meninggalkan kesan dalam kalbu Yvonne dan telah mengubah kehidupannya. Tanpa diduga, selama dalam tahanan, Yvonne mendapat layanan terbaik daripada Taliban. Apabila Yvonne bebas, beliau telah menggegarkan dunia dengan memeluk Islam dan berjuang untuk mendaulatkan agama Allah dan umat Islam di mata dunia. Bagaimana? Anda baca pengembaraan beliau seterusnya dalam buku ini

Dipetik dari Telaga Biru

Showcase Amal

Jom sama-sama memeriahkan showcase amal Shuhada At-Taqwa yang akan diadakan pada 11 Jun 2011 pada pukul 8.30 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Ia menggabungkan lebih 30 artis nasyid tempatan.

Arnab Comeyy









Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

by Dehearty

Saat Kau Pergi

Saat kau pergi
Terlalu sukar untuk kufahami
Hingga kini dikau telah pergi selamanya...

Hanya namamu ku sebut selalu
Dalam jaga atau tidurku
Agar bisa terpatri rinduku padamu...

Tuhan sampaikan doaku
Dan sempurnakan segala janji-janjiMu
Tempat yang seharus untuknya
Dan selayak buatmu kekasih

Ya Rasulullah
Dikau insan teragung
Selama ini deritamu
Mewarna jiwaku

Ya Rasulullah
Dikau insan teragung
Penyuluh jalan sepanjang zaman
Kau jadi ikutan...

Tiada lagi insan yang sepertimu
Merindu dan menyayangi kami umatmu
Walau saat akhir kau pergi
Namun masih tak henti bibirmu terus menyebut
Umatti...umatti...
Di mana hati yang sering menangis keranamu
Merindu hanya untuk bertemu dengan dirimu
Setia mengikut sunnahmu setiap waktu
Apakah antara kita masih ada cinta padanya...

Di sini ku kan terus mengharap syafaatmu
Muncul bersama cinta
Kasihku untukmu
Hingga sampai akhirnya...

by Varianz

Masihkah Ada Waktu

Masihkah ada waktu untuk ku
Tuk menebus segala dosa silamku
Hanya pada tuhan ku serahkan jiwa
Tunjukkilah jalan-jalanMu

Bisikkan hati ini bergema
Jernihnya titisan dari airmata
BertemuMu aku rindu
Terimalah taubat hambaMu

Tanpa ragu
Kaulah yang satu

Tiada yang selain dariMu
Yang lebih mengerti diriku
Andainya harus Kau menghukum
Ku pohon ampun dan kasihMu

Tiadalah daya diriku
Tanpa sinar dariMu

by Varianz

Album Baru

Dapatkan album sulong Varianz yang bertajuk Dunia Baru di pasaran sekarang. Album ini mengandungi 9 track, antaranya:-
  1. Masihkah Ada Waktu
  2. Lagu Cinta
  3. Pergilah Dunia
  4. Dunia Baru
  5. Akhir Cerita Cinta
  6. Hingga Ke Akhirnya
  7. Pasti
  8. Saat Kau Pergi
  9. Dunia Baru (Minus One)

Album Baru

Dapatkan album terbaru dipasaran sekarang In-Track yang bertajuk Gazaku Menangis. Album ini mengandungi 7 track, antaranya:- 
1. Cahaya Dinanti
2. Gazaku Menangis
3. Anugerah Cinta Nya
4. Bisikan Taubat
5. Ku Cinta Islam
6. A.Y.A.H (Anugerah Yang Allah Hadiahkan)
7. Kejayaan

CANTIKNYA LELAKI…& HEBATNYA WANITA…

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki??
Inilah Ciri-Cirinya….
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Ciri-Ciri Wanita yang gagah adalah…
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Akulah Hamba

Akulah hamba yang banyak berbuat dosa
Yang sering terhalang impianku untuk bertaubat
Akulah hamba yang berdukacita atas keterlanjuran
Hingga jadi gelisah dan bermuram durja

Akulah hamba yang tertulis dalam catatanNya
Bahawa aku amat takutkan pengawasanNya
Akulah hamba yang berbuat jahat dan derhaka dalam rahsia
Kenapalah hingga kini tidak menampakkan penyesalan

Akulah hamba yang bercampur baur
Antara kebaikan dan keburukan
Sia-sialah umurku, tak ku jaga waktu muda dan tuaku

Akulah hamba yang tenggelam di tengah lautan
Lalu menjerit tetapi tidak ada orang yang menjawabnya
Akulah hamba yang derita kerana kesilapan sendiri
Dan aku sedang berusaha mendapatkan penawarnya

Akulah hamba yang terbuang
Akulah hamba yang menzalimi diri
Dan telah ku jawab, di pintuMu aku berserah diri



Dapatkan 3 album terbaru Rabbani iaitu Ketika Cinta, Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1431 H dan Maulaya. Dapatkan dipasaran sekarang.

Album Baru

Dapatkan album terbaru 3G Selawat oleh artis seperti Hijjaz, Hadrah dan Nibras. Dapatkan dipasaran sekarang.

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

AQIDAH

1.Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsimi. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yad sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai "surah" atau rupa [Terbaru]
x. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat, sedangkan penambahan itu tidak ada di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Imam al-Zahabi sendiri mengkritik gurunya, Ibnu Taymiyyah berkenaan masalah ini di dalam Siyar A'lam al-Nubala' [Rujuk kitab yang ditahqiq oleh bukan Wahhabi kerana Wahhabi membuang kritikan ini dalam terbitan mereka] [Terbaru]
xi. Sebahagian golongan Mujassimah menyatakan bahawa Allah (Rujuk Kitab Ibthal al-Ta'wilat oleh Abu Ya'la al-Farra' yang telah diterbitkan semula oleh "tangan-tangan Tajsim dan Tashbih" - Penulis mempunyai buku seorang alim Al-Azhari yang mengarang kitab menolak kitab tersebut): [Terbaru] · mempunyai gusi (اللثة) dan gigi gerham (الأضراس) [Terbaru] · akan "duduk" bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash [Terbaru] · mempunyai mulut (الفم) [Terbaru]2.Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah.3.Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5.Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6.Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7.Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8.Berselindung di sebalik mazhab Salaf
9.Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashwiyyah, al-Karramiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah
10.Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
11.Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri, bahkan sering mendakwa kononnya mereka adalah pengikut Imam Abu al-Hasan al-'Ash'ari yang sebenar. Sungguh lucu dakwaan sebegini [Terbaru]
12.Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
13.Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
15.Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16.Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17.Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18.Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19.Memandang remeh karamah para awliya’
20. Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.
21. Mengharamkan mengucap "radiallahu anha" bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna Aminah [Terbaru]SIKAP
1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).7. Bersikap "taqiyyah" apabila dirasakan perlu. Fatwa mereka berbeza apabila bercakap di hadapan masyarakat umum dengan pengajian khusus bersama mereka [Terbaru]. 8. Apabila mereka sedikit dan tidak berkuasa, mereka melaungkan slogan "Berlapang dada", namun apabila mereka ramai dan berkuasa mereka melaungkan slogan "Meghilangkan Bid'ah" [Sikap ini diambil berdasarkan kata-kata para ulama' Mekah yang memerhatikan sikap Wahhabi di Mekah sewaktu ia mula-mula berkembang sampai kini.][Terbaru]. 9. Apabila mereka menerima tentangan daripada majoriti ulama', mereka menyatakan itu adalah asam garam dalam perjuangan. Sedangkan para ulama' menyatakan bahawa apabila sesuatu itu ditolak olej majoriti para ulama', maka itu adalah tanda-tanda kesesatan, kepelikan dan kejanggalan (shazz) atau ketergelinciran (zallah) kerana para ulama' umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat di dalam kesesatan sepertimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah SAW [Terbaru] ULUM HADIS
1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah. ULUM QURAN
1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil) [dan menurut sahabat penulis yang ada membuat penyelidikan di dalam bidang ini, sememangnya terdapat beberapa "ulama' Saudi" yang menyatakan tajwid itu bukanlah sunnah, tetapi bid'ah. Namun majoriti "ulama' Saudi" tidak bersetuju dengan kata-kata mereka].[Terbaru]2. Mendakwa ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat muhkamat. [Terbaru] FIQH
1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai taksub mazhab, sedangkan mereka taksub kepada Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab [Terbaru].
9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman NAJIS
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah 2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir [Terbaru] WUDHU’ & TAYAMMUM
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.4. Kaifiyyat Tayammum yang mereka pilih ialah: Tepuk sekali dan sapu muka serta kedua pergelangan tangan sahaja (tanpa perlu sampai ke siku). [Terbaru] AZAN
1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak SOLAT
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah yang keji
3. Berdiri secara terkangkang ataupun seperti huruf Y terbalik yang menyalahi konsep berdiri secara iktidal (lurus dan sederhana) [Terbaru] 4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat20. Menolak konsep sembahyang menghormati waktu [li hurmah al-waqt] [Terbaru] 21. Menolak konsep fidyah sembahyang walaupun umum mengetahui ia adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat dhaif di dalam mazhab Shafie. [Terbaru] DOA, ZIKIR DAN BACAAN AL-QURAN
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll, bahkan dikatakan semua itu bertentengan dengan Aqidah Islam [Terbaru]
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram - dengan alasan "Jangan diiktikadkan wajib" [Terbaru]
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah, tetapi kalau tidak berzikir atau lalai (al-ghaflah) tak mengapa pulak??!!! [Terbaru]
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih16. Berusaha mengharamkan wirid-wirid yang terkandung di dalam "Majmu' Sharif." [Terbaru] PENGURUSAN JENAZAH DAN QUBUR
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah MUNAKAHAT
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1) MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-RAMAI
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.
HAJI DAN UMRAH 1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu [Terbaru]. 2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Dengar khabar, sekarang tanda tersebut hendak dibuat semula] [Terbaru]. 3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia [Terbaru - dan Khilafiyyah di antara para ulama' kontemporari]. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah: a. Ibnu Taymiyyah b. Ibnu al-Qayyim c. Muhammad Abdul Wahhab [Perbezaan yang ketara di antara pendekatan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab ialah: (i) Ibnu Taymiyyah tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya dengan pedang dan kuasa, ini adalah berbeza dengan pendekatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab; (ii) Ibnu Taymiyyah juga tidak bersepakat dengan bukan Muslim untuk menjatuhkan saudara Islamnya][Terbaru]d. "Sheikh" Abdul Aziz Ibn Bazz e. Nasiruddin al-Albani f. "Sheikh" Soleh Ibn Uthaimin g. "Sheikh" Soleh Fawzan al-Fawzan [Secara peribadi, penulis mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata sendiri di Madinah, Dr. Soleh Fawzan al-Fawzan, Rektor, Universiti Islam Madinah pada waktu tersebut menyatakan bahawa ulama' Al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah bukanlah daripada "golongan yang terselamat dari api neraka" (al-firqah al-najiyah)."] [Terbaru] 3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini) 4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin” 5. Masih lagi menggunakan kitab al-Tawhid oleh Imam Ibnu Khuzaimah walaupun Imam al-Bayhaqi telah menyatakan bahawa Imam Ibnu Khuzaimah telah pun menarik semula dan bertaubat daripada penulisannya itu. Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi di dalam Kitab al-Asma' dan al-Sifat. [Terbaru] PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini. TASAWWUF DAN TAREQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat Perhatian: Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah. Kami terpaksa mengugurkan banyak lagi ciri-ciri lain yang berkaitan bagi meringkaskan risalah ini. Wallahu A’lam MENILAI KEDUDUKAN RASULULLAH SAW DI DALAM AJARAN/FAHAMAN WAHABI



"FAHAMAN WAHHABIAH" juga membawa satu fahaman yang boleh merapuhkan hubungan umat Islam dengan Nabi Muhammad SAW. Inilah yang telah ditekankan oleh beberapa orang ulama' seperti al-Sayyid Abu al-Hasanayn Abdullah al-Hashimi, al-Sheikh Dr. Subayh Soleh, al-Sheikh Prof. Dr. al-Sayyid Muhammad Ibn al-Sayyid Alawi al-Maliki (Abuya al-Maliki) dan beberapa ulama' lain di dalam kitab-kitab mereka. Apabila hubungan ini telah rapuh, maka umat Islam tidak lagi sensitif apabila Rasulullah SAW disebut sebagai budak kampung atau apabila hari kelahirannya di namakan sebagai sambutan Abu Jahal atau dikatakan bahawa hari kelahirannya itu tidak perlu dibesar2kan. Umat Islam juga tidak menyedari bahawa Rasulullah SAW adalah sebaik-baik wasilah bagi mereka untuk berdoa kepada Allah SWT. Maka, mereka tidak lagi ambil peduli apabila ada pihak yang mengharamkan tawassul, tabarruk dan istighthah dengan Rasulullah SAW sedangkan ia adalah perkara yang telah ijma' dikalangan ulama' Islam terdahulu. Sikap tidak sensitif dan tidak ambil peduli terhadap kemuliaan Rasulullah SAW hakikatnya lahir dari kejahilan dan sedikitnya rasa hormat dan cinta. Mengapa tidak? Sekiranya umat Islam terdahulu sentiasa meletakkan Rasulullah SAW dalam doa mereka, puji-pujian mereka, syair mereka, qasidah mereka....kini ada pihak yang melihat semua itu adalah bid'ah. Menurut Dr. Subayh Soleh, fitnah yang cuba meruntun rasa hormat dan agung terhadap Nabi Muhammad SAW dari hati umat baginda SAW adalah fitnah Iblis. [Semoga Allah melindungi kita dengan rahmat-Nya].

Di sini adalah beberapa bukti fahaman Wahhabi yang dapat kami ketengahkan setelah menganalisa kedudukan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Wahhabi. DAN KAMI MENCAPAI KESIMPULAN BAHAWA FAHAMAN-FAHAMAN WAHHABI AKAN MENGHAKIS RASA HORMAT DAN KECINTAAN SERTA KEAGUNGAN KEPADA RASULULLAH SAW DI DALAM HATINYA UMAT BAGINDA SAW. Fahaman-fahaman tersebut ialah: · Maqam baginda SAW tidak boleh diziarahi. Kalau sesuatu perjalanan itu dilakukan semata-mata untuk menziarah maqam Nabi SAW maka itu adalah safar maksiat yang tidak boleh diqasarkan solat kerananya.· Tempat lahir baginda SAW tidak perlu dipelihara. Dahulu dijadikan kandang unta, kemudian dijadikan maktabah setelah dibantah oleh para ulama'. Dengarnya sekarang ini, nak jadi tapak Hotel Hilton, tak tahulah.· Telaga Aris dan Ghars yang mempunyai hubungan yang rapat dengan baginda SAW dikambus dengan hujah menghindari Syirik.· Tidak boleh mengagungkan Rasulullah SAW dengan alasan takut jatuh syirik.· Tidak boleh diraikan hari kelahiran baginda SAW. Semua orang dah maklum mengenai hakikat ini.· Tidak boleh memuji baginda SAW berlebihan. Mereka mengharamkan segala pujian-pujian termasuk qasidah serta syair para ulama' terhadap baginda dengan alasan melampau dalam memuji baginda SAW.· Tidak boleh berdiri apabila pujian-pujian dan selawat dibacakan untuk beliau.· Tidak membenarkan berselawat bagi Rasulullah SAW melainkan dengan selawat yang ma'thur. Pada hakikatnya, umat Islam amat digalakkan mencipta atau menyusun puji-pujian yang indah dan cantik kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.· Hadis-hadis beliau yang sampai kepada kita dengan sanad yang dhai'f diketepikan. Maka banyaklah amalan umat Islam yang tercabut dan tertanggal disebabkan kaedah yang mereka pegang ini.· Tidak boleh mentaswid baginda SAW atau meletakkan lafaz Sayyidina bagi baginda SAW. Tapi kalau untuk tokoh-tokoh mereka, gelaran Sheikh al-Islam, Mujaddid, Qami' al-Bid;ah, dan lain-lain digunakan.· Ibu bapa baginda SAW dikatakan sebagai tidak berjaya dari azab neraka [Penulis: Daku berlindung dengan Allah dan Rasul-Nya daripada kata-kata sebegini yang sering bermain di mulut golongan Wahhabi]. Bahkan lebih teruk lagi, datuk baginda SAW, Abdul Mutallib juga dikatakan dengan tuduhan yang sama.· Tidak boleh menghadiahkan al-Fatihah kepada baginda SAW.· Selalu mewar-warkan bahawa baginda hanyalah manusia biasa yang mendapat wahyu. Tidak lebih dari itu.· Menolak banyak hadis yang berkaitan kemuliaan Rasulullah SAW seperti hadis tawassul Nabi Adam a.s. dengan Nabi Muhammad SAW. Golongan Wahhabi berjuang mati-matian untu menolak perkara ini.· Tidak boleh bertawassul, bertabarruk atau beristighthah dengan Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. Dengan ini, mereka melihat kedudukan Rasulullah SAW telah menurun dengan kewafatan baginda SAW.· Menolak hadis tentang kenabian Nabi Muhammad SAW sebelum penciptaan Nabi Adam a.s.· Mengharamkan Nama Nabi Muhammad SAW dijadikan hiasan di rumah mahupun di masjid.· Memadam syair-syair pujian kepada Rasulullah SAW yang banyak terdapat di dalam Masjid Nabawi sebelum Masjid Nabawi diambil alih oleh mereka. Maka selepas itu, syair-syair tersebut ditutup dan dipadamkan.· Istighathah yang berbunyi: Ya Allah Ya Muhammad telah diubah menjadi Ya Allah Ya Majid [Istighathah ini pada asalnya terdapat di Mihrab Rasulullah SAW, namun diubah setelah dikuasai Wahhabi]· Mereka ingin mengeluarkan maqam Nabi SAW daripada menjadi sebahagian daripada Masjid nabawi. Maka sebahagian ulama' mereka tidak mahu bersembahyang di Masjid Nabawi selagi maqam Rasulullah SAW tidak dikeluarkan.· Menolak konsep Nur Muhammad SAW yang diterima oleh banyak ulama' sufi.· Mengharamkan umat Islam menziarahi tempat-tempat bersejarah yang ada hubungan rapat dengan Rasulullah SAW seperti Gua Thur dan Gua Hira'. Maka tidak ramai yang dapat menghayati sirah Rasulullah SAW dengan sebaik-baik penghayatan. · Sebenarnya banyak lagi kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kedudukan Nabi Muhammad SAW dari kaca mata Wahhabi. Semua kaedah yang diasaskan oleh mereka ini akan menyebabkan hilang rasa cinta dan hormat kepada Rasulullah SAW. Yang hanya ditekankan oleh mereka ialah ittiba' (mengikut). Itu pun dalam makna yang salah dan berpenyakit. Jarang kita melihat golongan Wahhabi mampu menghuraikan tentang cinta dan rasa hormat serta adab yang perlu ada dalam diri umat Islam terhadap Rasulullah SAW.

Kami teringat sebuah kisah di mana seorang tokoh GERAKAN WAHHABI yang membandingkan Rasulullah SAW dengan sebatang tongkat. Pada satu hari, apabila dia berada di hadapan pengikutnya, dia memerintahkan agar untanya bangun dengan berkata: "Dengan Nama Muhammad! Bangunlah." Tetapi unta tersebut tidak mahu bangun. Dia mengulangkan kata-kata yang sama di hadapan pengikutnya, dan unta tersebut tetap tidak mahu bangun. Lalu dia memukul unta itu dengan tongkatnya, lantas unta itu pun bangun. Dia pun berkata kepada pengikutnya: "Lihatlah! Tongkat aku ini lebih mampu memberi manfaat berbanding [Nabi] Muhammad [SAW di dalam maqam/kubur baginda]". Tujuannya ialah untuk menyatakan bahawa Rasulullah SAW itu tidak mampu berbuat apa-apa selepas wafat. [Astaghfirullah].

Dengan kaedah-kaedah dan fahaman di atas, FAHAMAN WAHHABI secara sedar atau tidak sebenarnya merobohkan rasa cinta dan hormat dalam diri umat Islam kepada Rasulullah SAW. Soalan yang perlu ditanya oleh setiap daripada kita: Di manakah kedudukan Rasulullah SAW di dalam hati kita? Apakah yang telah kita lakukan apabila Rasulullah SAW direndah-rendahkan oleh orang Islam yang berfahaman berpenyakit atau orang bukan Islam yang sememangnya nyata sikap permusuhan mereka dengan Islam? Adakah kita tidak takut dihalau daripada hawd (telaga) baginda SAW di akhirat nanti kerana terpengaruh dengan fahaman yang cuba menjatuhkan martabat baginda SAW di mata umat baginda SAW?

Taqwim

Followers

About Me

My Photo
al-fikr
seorang hamba Allah yg dhoif yg memerlukan kasih-Nya...dilahirkan pd 24 Jan 1988...mendpt pendidikan di sek keb batu laut, sam unwanus saadah kanchong darat...kemudian belajar di universiti darul iman malaysia kampus kusza mengambil diploma pengajian islam al-quran & al-sunnah...kini menyambung sarjana muda fiqh & fatwa di universiti sains islam malaysia
View my complete profile

Blog Archive

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Santai


ShoutMix chat widget

Doa

Tuhan...

Saat aku mencintai seorang teman

Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir

Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir

Tuhan...

Ketika aku merindukan seorang kekasih

Rindukanlah aku kepada rindu cinta sejati-Mu

Agar kerinduanku kepada-Mu semakin menjadi

Tuhan...

Jika aku hendak mencintai seseorang

Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu

Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu

Tuhan...

Ketika aku sedang jatuh cinta

Jagalah cinta itu

Agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu

Tuhan...

Ketika aku berucap aku cinta Pada-Mu

Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut kepada-Mu

Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu

Sebagaimana orang bijak berkata

Mencintai seseorang bukanlah apa-apa

Dicintai seseorang adalah sesuatu

Dicintai seseorang yang kau cintai sangatlah beerti