Di sini ana nk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul bagi sesiapa yg membaca blog ana...Ya Rasulullah kami amat merinduimu....

Album Baru

FINE akan tampil dengan album pertama mereka...

Album yang di nanti-nantikan akan muncul tidak lama lagi, setelah sekian lama perancangan untuk mengeluarkan album sendiri, akhirnya dengan kesabaran dan kegigihan antara ahli FINE,album pertama mereka akhirnya akan berada di pasaran pada awal bulan April ini. Album pertama dari Fine ini bertema Motivasi Untuk Semua,lagu dan muzik yang berkonsepkan elimen kontemporari, moden, pop dan R&B yang mana bersesuaian dengan peredaran masa sekarang disamping message-message dakwah yang diterapkan dalam lirik yang pasti meneyentuh para pendengar. Terbitan dan Edaran album ini oleh syarikat mereka sendiri iaitu Fine Music Entertainment. Album ini akan memuatkan 6 lagu seperti:

1.DISINI
Lagu : Aneep (Fine Music Entertainment)
Lirik : Aneep & Naeim (Fine Music Entertainment)
Susunan Muzik : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Penerbit : Faiz Hamzah (Soulart Studio)

2.MELAKAR CITA
Lagu : Afieq (Fine Music Entertainment)
Lirik : Afieq (Fine Music Entertainment)
Susunan Muzik : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Penerbit : Faiz Hamzah (Soulart Studio)

3.KAU TEMAN
Lagu : Aneep (Fine Music Entertainment)
Lirik : Aneep (Fine Music Entertainment)
Susunan Muzik : Harun Ahmad (HH Studio)
Penerbit : Abdul Halim Ahmad (Neurotic Studio)

4.SAYANG IBU feat ZUL AND THE MESSAGES
Lagu : Aneep (Fine Music Entertainment)
Lirik : Aneep (Fine Music Entertainment)
Susunan Muzik : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Penerbit : Zulhilmi Safain (The Messages Entertainment)

5.KU HARAP CINTAMU
Lagu : Afieq (Fine Music Entertainment)
Lirik : Afieq (Fine Music Entertainment)
Susunan Muzik : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Penerbit : Faiz Hamzah (Soulart Studio)

6.
Lagu : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Lirik : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Susunan Muzik : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Penerbit : Faiz Hamzah (Soulart Studio)

Dapatkan di pasaran nanti, pastikan yang original baru beli,Selamatkan Industri Nasyid Tanah Air.


Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid

Koleksi Nasyid Indie kini kembali semula dengan kehadiran Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid ! Album susulan dari kejayaan album Nasyeed Underground ini bakal diterbitkan menjelang April 2010. Sebanyak 12 buah lagu pelbagai genre akan dimuatkan di dalam sebuah album yang pastinya menjanjikan kelainan buat para peminat industri nasyid. Nantikan kemunculannya dengan wajah-wajah penasyid indie yang baru, pastinya terbitan Neurotic Studio.

MINI ALBUM RAIHAN "MUSAFIR PERJUANGAN" TERBITAN HPA

Mini Album RAIHAN: Musafir Perjuangan

Cover depan@Musafir Perjuangan

Cover front & Back@ Raihan

Alhamdulillah... akhirnya Raihan dengan kerjasama Syarikat HPA, telah berjaya menerbitkan mini album terbaru. Mini album ini yang bertajuk Musafir Pejuangan menampilkan dua buah lagu iaitu "Musafir Kelana" dan "Allah is Calling".

Inteam International Album; LOVE ALLAH, LOVE RASUL


Inteam Records Sdn Bhd has produced a special compilation album for Inteam supporters as this group are going to have a performance in United Kingdom.

This special project named Inteam International Edition is given a title Love Allah, Love Rasul.

This album entitled Love Allah, Love Rasul is an international release of nasheed group Inteam. The album consists of 10 songs compiled from Inteam's album Tiada Lagi Kasih, Salamun Salam, Nur Selawat and Allahu Rabbi. Also included 2 new songs entitled Zikrullah and Salamun Salam II.

The musical concept of this album is World Music and Contemporary Nasheed while the theme of the album is related to grow our love and rememberance towards Allah and Rasulullah S.A.W.

The track listing are as follows:

1. ZIKRULLAH (new song)
2. SALAMUN SALAM II (new song)
3. ALLAHU RABBI
4. SELAWAT BADAR (Inteam Version)
5. STAND TOGETHER
6. SELAWAT BADRUL AIN (ft. Muadz)
7. ASMA' ALLAH
8. TOLAAL BADRU ALAINA (Inteam Version)
9. KEHIDUPAN (ft. Nazrey Johani)
10. SALAMUN SALAM (ft. Nazrey, Akhil Hayy, Fareast)

Info: KTI

Bulan Ini Bulan Cinta

oleh: Asniza

Bulan Februari
, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih


Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

Dipetik drpd http://studiokini.blogspot.com/

Kem Gemilang Fsu 2010 (4 Februari 2010)

Alhamdulilah, semalam telah diadakan Kem Gemilang Fsu 2010 di Dewan Kuliah Pusat 3 Usim. Kem ini telah dianjurkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang. Kem ini telah disampaikan oleh pakar motivasi terkenal oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Bin Kamsah. Alhamdulilah ana telah dapat mengikuti kem ini. Di sini ana nk kongsikan beberapa ilmu yg ana telah dpt drpd kem ini. Antaranya:

Cara Mengenal Diri Yg Sebenar
1. Hisab diri dgn jujur
2. Cari "cermin" yg jujur
3. Rujuk pakar yg jujur
4. Kaedah ETC
5. Penilaian org yg tersayang
6. Apa kata makhluk lain
7. Ilham drpd Tuhan

Mengenal Diri Mengikut Kaedah ETC
1. Nama pengaruhi peribadi seseorg
2. Perawakan fizikal mencerminkan peribadi
3. Tarikh lahir cerminkan peribadi
4. Grafologi sbg asas mengenal peribadi



Taqwim

Followers

About Me

My Photo
al-fikr
seorang hamba Allah yg dhoif yg memerlukan kasih-Nya...dilahirkan pd 24 Jan 1988...mendpt pendidikan di sek keb batu laut, sam unwanus saadah kanchong darat...kemudian belajar di universiti darul iman malaysia kampus kusza mengambil diploma pengajian islam al-quran & al-sunnah...kini menyambung sarjana muda fiqh & fatwa di universiti sains islam malaysia
View my complete profile

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Santai


ShoutMix chat widget

Doa

Tuhan...

Saat aku mencintai seorang teman

Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir

Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir

Tuhan...

Ketika aku merindukan seorang kekasih

Rindukanlah aku kepada rindu cinta sejati-Mu

Agar kerinduanku kepada-Mu semakin menjadi

Tuhan...

Jika aku hendak mencintai seseorang

Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu

Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu

Tuhan...

Ketika aku sedang jatuh cinta

Jagalah cinta itu

Agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu

Tuhan...

Ketika aku berucap aku cinta Pada-Mu

Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut kepada-Mu

Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu

Sebagaimana orang bijak berkata

Mencintai seseorang bukanlah apa-apa

Dicintai seseorang adalah sesuatu

Dicintai seseorang yang kau cintai sangatlah beerti