Bulan Ini Bulan Cinta

oleh: Asniza

Bulan Februari
, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih


Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

Dipetik drpd http://studiokini.blogspot.com/

Kem Gemilang Fsu 2010 (4 Februari 2010)

Alhamdulilah, semalam telah diadakan Kem Gemilang Fsu 2010 di Dewan Kuliah Pusat 3 Usim. Kem ini telah dianjurkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang. Kem ini telah disampaikan oleh pakar motivasi terkenal oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Bin Kamsah. Alhamdulilah ana telah dapat mengikuti kem ini. Di sini ana nk kongsikan beberapa ilmu yg ana telah dpt drpd kem ini. Antaranya:

Cara Mengenal Diri Yg Sebenar
1. Hisab diri dgn jujur
2. Cari "cermin" yg jujur
3. Rujuk pakar yg jujur
4. Kaedah ETC
5. Penilaian org yg tersayang
6. Apa kata makhluk lain
7. Ilham drpd Tuhan

Mengenal Diri Mengikut Kaedah ETC
1. Nama pengaruhi peribadi seseorg
2. Perawakan fizikal mencerminkan peribadi
3. Tarikh lahir cerminkan peribadi
4. Grafologi sbg asas mengenal peribadi



Album Baru










Album Zikir Keamanan




Akhi Amin telah tampil dengan album Zikir Keamanan ini.

16 trek berikut:


1. Ya amanal khaifin

2. Ilahi sallimil ummah

3. Allahumma antas salam

4. Hasbiallah

5. Alaika tawakkaltu

6. Zikir Nabi Yunus

7. Al-Hauqalah

8. Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi

9. Selawat Tafrijiyyah

10. Ayat Kursi

11. Selawat Syifa'

12. Surah ad-Dukhan (1-16)

13. Doa Tolak Bala

14. Doa Hindar penyakit

15. Ayat 1000 Dinar

16. Qunut Nazilah

Akan Terbit!!! Profil NIFC


Akan terbit tidak lama lagi!! Sebuah profil Nasyid Indie Fan Club yang mengandungi:


- Pengenalan NIFC
- Teman2 NIFC
- Produk2 NIFC
- Aktiviti2 NIFC
- dan lain-lain lagi


Untuk tempahan, sila hubungi :


Bro. Shah : 017 395.1565
Bro. Azim : 013 200.4035


Penjelajahan Edar Zine Nasyid Underground


Siri penjelajahan pengedaran Zine Nasyid Underground akan di jalankan bermula pada 18 januari 2010 di International Islamic College (IIC).Bagi yang masih keliru lagi dalam pengertiaan nasyid underground @ nasyid indie, kami akan berusaha untuk datang ke tempat anda untuk menjawab semua kekeliruan berkenaan nasyid underground.. Sila cadangkan nama tempat untuk kami kunjungi bagi yang berminat atau boleh terus dapatkan risalah zine ini dari CREW KAMI dengan harga serendah RM2.00 senaskah....


18 januari:- kolej islam antarabangsa,gombak(iic)

24 januari:- Taman tasik cempaka,program aman palestin(bdr baru bangi)

30 januari:- KOTA SERI EMAS(NILAI)

5 febuari:- university islam antarabangsa(gombak)

6 febuari:- university sains islam malaysia(NILAI)

15 febuari:- university malaya(KL)

30 febuari:- kolej university islam selangor(kuis)

5 MAC :- lokasi akhir konsert amal nasyid indie(iic)


p/s:- segala perubahan tempat atau perubahan waktu akan diberitahu dari masa ke semasa.


Album Kompilasi Nasyid Indie 2010: Penyertaan Dibuka Sekarang!

Taqwim

Followers

About Me

My Photo
al-fikr
seorang hamba Allah yg dhoif yg memerlukan kasih-Nya...dilahirkan pd 24 Jan 1988...mendpt pendidikan di sek keb batu laut, sam unwanus saadah kanchong darat...kemudian belajar di universiti darul iman malaysia kampus kusza mengambil diploma pengajian islam al-quran & al-sunnah...kini menyambung sarjana muda fiqh & fatwa di universiti sains islam malaysia
View my complete profile

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Santai


ShoutMix chat widget

Doa

Tuhan...

Saat aku mencintai seorang teman

Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir

Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir

Tuhan...

Ketika aku merindukan seorang kekasih

Rindukanlah aku kepada rindu cinta sejati-Mu

Agar kerinduanku kepada-Mu semakin menjadi

Tuhan...

Jika aku hendak mencintai seseorang

Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu

Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu

Tuhan...

Ketika aku sedang jatuh cinta

Jagalah cinta itu

Agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu

Tuhan...

Ketika aku berucap aku cinta Pada-Mu

Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut kepada-Mu

Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu

Sebagaimana orang bijak berkata

Mencintai seseorang bukanlah apa-apa

Dicintai seseorang adalah sesuatu

Dicintai seseorang yang kau cintai sangatlah beerti