VIDEO KLIP TERBARU IRSB ALBUM NASYID HITS


Assalamualaikum...
Setelah sekian lama, ramai yang bertanya berkenaan video klip lagu-lagu terbaru dalam album Allahu Rabbi, Zikir Fikir, Nostalgia Nadamurni dan seumpamanya.
Terkini dari IRSB, album Nasyid Hits merupakan kompilasi terbaru lagu-lagu dari album Allahu Rabbi, Zikir Fikir, Nostalgia Nadamurni, dan Memori The Zikr.
Album Kompilasi Nasyid Hits dikeluarkan dalam 2 format CD audio dan VCD.
Bagi CD Audio, bonus 3 trek lagu baru turut dimuatkan iaitu lagu Kawan(Nazrey Johani), Menangis(Akhil Hayy), Berita Gembira (Nadamurni).
Antara video klip dalam format VCD ialah:
Allahu Rabbi
Kepastian
Dia Muhammad
Zikir Fikir
Senandung Anak Pejuang
Rasul Junjungan
Mana Milik Kita
Alangkah Indah Hidup Ini
Harapanku padaMu subur kembali
Secerah Pawana
dan banyak lagi...
Dapatkan dipasaran yang original!!!
sumber: inteam.com.my
Instinct- Iftitah

Setelah melahirkan album pertama, Kaulah Permata, Instinct tampil dengan album kedua mereka, Iftitah. Album ini diterbitkan oleh Instinct Entertainment.
Sempena promosi dan pelancaran album ini, dapatkannya dengan harga istimewa: RM 12.00 (harga asal RM 14.90). Bukan itu sahaja, anda akan mendapat 2 lagu bonus. Anda perlu cepat kerana tiada jaminan 2 lagu bonus itu akan dikekalkan.
credit:http://studiokini.blogspot.com/
ALBUM SAAT LAFAZ SAKINAH [FAREAST]

Nantikan kemunculan Album Terbaru dari Far East - Halawatul Iman II (Saat Lafaz Sakinah) akan release sekitar bulan April ini [jangkaan FN], insyaAllah.Semoga peminat Fareast sabar menanti album mereka yang bakal mewarnai lagu-lagu yang menarik daripada mereka.Kini kita dapat melihat artis-artis nasyid telah membuka lembaran baru dari segi penampilan,cover album yang mantap, paduan vokal setiap kumpulan nasyid sebgai contoh Mirwana, dan sebagainya.
sumber: http://fenomenasyid.blogspot.com
Bahaya Cinta Sebelum Kahwin
- Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
- Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya
- Hati akan terseksa dengan arah rindu
- Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
- Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
- Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
- Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan
- Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku
- Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rmah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya
dipetik dari '"Pemilik Cintaku" karya Fatimah Syarha Mohd Noordin
ALBUM TERBARU HIJJAZ [ PERMATA HIJJAZ 2010]
PERMATA HIJJ
AZ 2010
Miliki Album [Permata Hijjaz 2010] yang akan berada di pasaran sekitar bulan April dengan harga RM 35.90 seunit.Menampilkan kelainan dalam konsep LIVE STRING OCHESTRA dan semestinya menguji telinga anda.Untuk pengetahuan semua peminat Hijjaz bahawa album ni hanya mengeluarkan CD sahaja dan kaset tidak akan dikeluarkan.
Anntara lagu-lagu didalam album [Permata Hijjaz 2010] adalah seperti berikut :
1-Gurindam Berkasih
2-Embun Hidayah
3-Satu Amanah
4-Syukur Pada-Mu
5-Neraca Diri
6-Ratu Nil (Yukabid)
7-Ala Baladi (Arabic)
8-Kekasih Agung 1400
9-Engkau Insan Sempurna
10-Iman Islam Ehsan
11-Kalimah Utama
sumber:
FENOMENASYID Islamic EntertainmentMajlis Pelancaran Album HPA Raihan

Raihan telah berjaya melancarkan dua buah album terbitan Raihan Records. Dua buah album tersebut ialah Musafir Perjuangan dan Selawatherapy. Album tersebut dilancarkan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan haji Ismail Bin Haji Ahmad.
Album ini merupakan usaha sama antara Raihan bersama HPA. HPA juga melantik Raihan sebagai duta mereka atas nama HPA Raihan.
Album Musafir Perjuangan menampilkan lagu-lagu berikut:
- Musafir Kelana
- Allah Is Calling
- Nun Di Sana
- God Is The Light
- Tanpa Agama



