Dikenali juga sebagai bulan puasa, bulan al-Quran, bulan sedekah, bulan solat malam atau bulan kesabaran
i. Solat sunat Tarawih dan Witir pada waktu malam
ii. Memperbanyakkan membaca al-Quran
iii. Memperbanyakkan sedekah
iv. Memperbanyakkan ibadat pada waktu malam khususnya pada sepuluh malam terakhir
Ramadan
vi. Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah bulan ini meyamai
pahala satu haji bersama Rasulullah SAW
Amalan Sunat Di Bulan Ramadan
Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.
www.iLuvislam.com
Amalan Sunat Di Bulan Syaaban
1. 15hb-Nisfu Syaaban
- Hidupkan malam dengan membaca surah Yasin 3 kali dan berdoa supaya
ii. Murah rezeki
iii. Tetapkan iman
- Ibadat-ibadat lain
- Terdapat khilafiah pendapat ulama terhadap amalan ini, terpulanglah kepada kita. Walaubagaimanapun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali
Album Terbaru
Sila dapatkan album Gema Palestin yang disampaikan oleh artis seperti Rabbani, Far East, Saujana, Raihan, Akhil Hayy, Muadz, Hijjaz, Nowseeheart dan Inteam keluaran Inteam Records
Nota Hati Seorang Lelaki karya oleh Pahrol Mohd. Juoi
Dalam buku ini Pahrol Mohd. Juoi bukan sekadar bercerita tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki, tetapi dia juga turut menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain "gelanggang" juang seorang lelaki. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan
Kelebihan Berselawat
- Ia merupakan salah satu amalan paling utama
- Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa
- Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW
- Menjadi benteng sifat munafik dan kafir
- Selamat daripada huru-hara hari kiamat
- Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah
- Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit
- Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah
- Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak
- Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan
Novel: Denyut Kasih Medik
DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sunnguh membina, Denyut Kasih Medik karya oleh Dr Farhan Hadi.





