Kelebihan Bertudung Labuh

“Okey, ada apa-apa yang hendak ditanya lagi?”, mungkin sahaja ini adalah kata penamat pada malam ini sebelum bersurai.

“Emm…Abah, saya nak tanya satu soalan boleh tak?”, suara Azhan pantas mencelah.
Aku melihat jam pada tangan. 11.30 malam waktunya. Selalunya waktu sebegini sudah dikira lewat pada perkiraan manusia di negara burung Kiwi ini. Namun, aku kagum dengan semangat anak-anak muda Islam Auckland yang masih lagi hangat berbicara tentang Ad-Din ini di kala malam menuju usia pertengahannya.

“Silakan bro…tak ada hal punyalah.”, jawabku.
“Abah, kenapa ada sesetengah orang perempuan pakai tudung yang labuh sangat. Kalau dah menutup dada itu dah kira ok la kan. Dalam Quran pun dah sebutkan kalau menutup itu biar sampai menutup dada. Buat apa nak pakai tudung besar-besar macam tu. Nampak macam…”
“Macam cendawan yang comel-comel warna merah tu?”, sambungku memotong bicaranya.
“Haa? Cendawan? Kenapa cendawan?”tanya Ipin.
“Sebab kepala cendawan tu kan bulat dan labuh sampai ke separuh badannya.”

Jenaka sepontanku disambut ketawa kecil adik-adik ini. Aku mencelah kerana aku tidak mahu perempuan yang menjaga kesederhanaan diri itu dilebel yang bukan-bukan. Cendawan yang comel mungkin berpada.
Aku diam seketika, memikirkan bagaimana caranya aku hendak meyakinkan adik-adik ini. Kesemuanya adalah pelajar tahun pertama jurusan kejuruteraan; manusia yang kebanyakan masa berhujah dengan logik akal dan prinsip-prinsip fizik.

“Semua dah ambil mata pelajaran Introduction to Engineering Design kan? Pernah tak dengar konsep Safety Factor?”
Aku memerhati kesemua mereka. Ada yang mengangguk dan ada yang menggelengkan kepala.
“Safety Factor ialah satu prinsip dalam rekaan apabila seseorang jurutera itu melebihkan sesuatu perkiraan kejuruteraan untuk mengambil kira faktor-faktor yang tidak diketahui demi menjamin keselamatan produk yang direka.”

“Contohnya, dalam situasi mereka jambatan, perkiraan ketebalan pasak utama yang diperlukan adalah 50cm. Disebabkan ada faktor-faktor yang tidak dapat dikenal pasti sama ada kadar perubahan halaju angin yang mendadak, kadar pemendapan tanah yang berubah secara drastik akibat aliran air bawah tanah yang tidak menentu ataupun faktor-faktor lain, ketebalan pasak utama itu ditingkatkan sebanyak faktor 1.5. Maka, ketebalan yang akan digunakan ialah 75cm”, aku menjelaskan dengan panjang lebar. Biar panjang asalkan mereka faham aliran hujahku ini. Safety Factor dalam berhujah.

“Jadi Abah, tak ke over design kalau macam tu? Membazir namanya”, tanya Hairi.
“Tak, bro. It is an investment. Bayangkan kalau apa-apa yang terjadi pada produk yang direka dan dalam kes tadi ialah jambatan. Kalau jambatan tu runtuh, tidak ke kita yang rugi. Di saman, diheret ke mahkamah atas negligence dan silap-silap boleh di penjara. Lebih teruk kalau ada nyawa yang terkorban atas kelalaian kita. Macam mana kita nak jawab dengan family mereka. Jadi, dalam soal keselamatan tiada kompromi, bro”, terangku lagi.

“Siapa boleh teka industri apa yang paling tinggi dalam safety factor?”, aku sengaja menyoal untuk menguji adik-adikku ini.

“Oil and gas?”, teka Muiz dan yang lain hanya memandang Muiz untuk mengharapkan Muiz menjawab lagi dengan jawapan-jawapan rawak agar mengena sasaran. Aku hanya tersenyum memandang telatah mereka.
“Aviation industry, bro. Sesetengah rekaan menetapkan safety factor tertinggi iaitu faktor 4.”
“Jadi, dapat kaitkan konsep safety factor dengan tudung labuh tadi?”
Aku dapat melihat mereka mengangguk-angguk kecil. Harap-harap itu tandanya faham bukan tanda mengantuk. Aku menyambung kembali peneranganku.
Memang memakai tudung, wajib labuh mentup dada. Tapi soalan yang diajukan Azhan tadi, “kalau sudah menutup dada, how labuh is ‘labuh’?”.

Labuh sampai menyapu jalan atau bagaimana? Kadang-kadang, seseorang wanita itu dalam satu posisi yang apabila memakai hijab yang hanya menutup ‘cukup-cukup’, maka aurat yakni dada mereka mungkin terselak.
Contohnya, sewaktu bersukan, membongkok untuk mengambil barang yang terjatuh di atas lantai and macam-macam lagi. Jadi, mereka melabuhkan lagi tudung mereka supaya tidak terselak dalam situasi-situasi yang tidak dijangka.

Sama seperti safety factor juga, cuma yang berbeza adalah mereka menjamin keselamatan diri mereka dan orang lain dari azab api neraka. Kalau sudah menjaga keselamatan dari api neraka, itulah the highest safety factor.”

“Macam mana, tidakkah cantik begitu?”, satu retorik agar mereka berfikir.
Wallahua’lam.

Dipetik dari http://www.mudahniagaonline.com/muslim4life/

Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Yang Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Yang Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai
Dan DijagaMeneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah TerpesonaDengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Ratib Cinta


Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.
Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.
Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.
Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.
Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi.

sumber: iluvislam.com

Sekadar Perkongsian


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.


Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?


Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?


Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…sinar itu akan tiba ;)

p/s : diambil dari slh sorg kenalan..syukran ;)

Album Baru

Dapatkan album terbaru Devotees yang berjudul Berjalan Tanpa Henti di pasaran sekarang. Album ini mengandungi 9 track, antaranya:-
  1. Berjalan Tanpa Henti
  2. Bersama
  3. Hadirnya Cahaya S.A.W.
  4. Selagi Hayatmu Di Sini
  5. Don't Walk Away
  6. Harapan feat Salleh Brothers
  7. Rindu Kedamaian
  8. Bersama (Akustik)
  9. Minus One Bersama (Akustik)

Album Baru

Dapatkan album Satu Destinasi di pasaran sekarang. Sesiapa yang ingin dapatkan album Satu Destinasi, anda boleh hubungi di talian ini..014-5144772 (Ubai). Album ini mengandungi 8 track, antaranya:-
  1. Cintaku Rasulullah oleh El-tiezam
  2. Aku oleh Elham
  3. Harapan Cinta oleh One Deen
  4. Cinta Abadi oleh El-tiezam
  5. KeAgungan-Mu oleh Elham
  6. Cita dan Harapan oleh Suffian
  7. Khilaf oleh One Deen
  8. Memori oleh Suffian

Album Baru

Nantikan kemunculan album Nasyeed Semesta hasil buah tangan daripada Halim Devotees yang akan berada di pasaran pada 14 Mac 2011. Berikut adalah nama-nama munsyeed yang terlibat untuk album kali ini:
  1. Bytiey (Judul: Hijrah)
  2. Che An (Judul: Bahtera Persahabatan)
  3. Elhamz (Judul: Cerita Cinta)
  4. Feelhoney (Judul: Curang)
  5. Fine (Judul: Baru Kenal Cinta)
  6. Hilwan (Judul: Sahabat Dengarkan)
  7. Readone (Judul: Ratu Hatiku)
  8. R if (Judul: Serang Balas)
  9. Rahmat (Judul: Isteri Buatku)
  10. Rxeme (Judul: Di Pangkuan CintaMu)
  11. Univoice (Judul: Pesona Fana)
  12. Zulhilmi feat Halim (Judul: Pengabdi CintaMu)

Taqwim

Followers

About Me

My Photo
al-fikr
seorang hamba Allah yg dhoif yg memerlukan kasih-Nya...dilahirkan pd 24 Jan 1988...mendpt pendidikan di sek keb batu laut, sam unwanus saadah kanchong darat...kemudian belajar di universiti darul iman malaysia kampus kusza mengambil diploma pengajian islam al-quran & al-sunnah...kini menyambung sarjana muda fiqh & fatwa di universiti sains islam malaysia
View my complete profile

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Santai


ShoutMix chat widget

Doa

Tuhan...

Saat aku mencintai seorang teman

Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir

Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir

Tuhan...

Ketika aku merindukan seorang kekasih

Rindukanlah aku kepada rindu cinta sejati-Mu

Agar kerinduanku kepada-Mu semakin menjadi

Tuhan...

Jika aku hendak mencintai seseorang

Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu

Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu

Tuhan...

Ketika aku sedang jatuh cinta

Jagalah cinta itu

Agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu

Tuhan...

Ketika aku berucap aku cinta Pada-Mu

Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut kepada-Mu

Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu

Sebagaimana orang bijak berkata

Mencintai seseorang bukanlah apa-apa

Dicintai seseorang adalah sesuatu

Dicintai seseorang yang kau cintai sangatlah beerti