Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul


Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Fatimah Syarha bt Mohd Noordin
Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul, yakni suami yang dirinduinya sekian lama!

BUAT ADIK-ADIK REMAJA yang baru nak mengenali cinta,
ketahuilah bingkisan ini membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja,dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.

BUAT BAKAL-BAKAL PENGANTIN BARU,
ketahuilah bingkisan ini memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.

BUAT PENGANTIN BARU,
ketahuilah bingkisan ini membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.

BUAT PARA SUAMI,
ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu.

BUAT PARA ISTERI,
ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya.

BUAT IBU BAPA,
ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumahtangga dan berguna untuk ank-anakmu membina paradigma baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.

0 comments:

Post a Comment

Taqwim

Followers

About Me

My Photo
al-fikr
seorang hamba Allah yg dhoif yg memerlukan kasih-Nya...dilahirkan pd 24 Jan 1988...mendpt pendidikan di sek keb batu laut, sam unwanus saadah kanchong darat...kemudian belajar di universiti darul iman malaysia kampus kusza mengambil diploma pengajian islam al-quran & al-sunnah...kini menyambung sarjana muda fiqh & fatwa di universiti sains islam malaysia
View my complete profile

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Santai


ShoutMix chat widget

Doa

Tuhan...

Saat aku mencintai seorang teman

Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir

Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir

Tuhan...

Ketika aku merindukan seorang kekasih

Rindukanlah aku kepada rindu cinta sejati-Mu

Agar kerinduanku kepada-Mu semakin menjadi

Tuhan...

Jika aku hendak mencintai seseorang

Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu

Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu

Tuhan...

Ketika aku sedang jatuh cinta

Jagalah cinta itu

Agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu

Tuhan...

Ketika aku berucap aku cinta Pada-Mu

Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut kepada-Mu

Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu

Sebagaimana orang bijak berkata

Mencintai seseorang bukanlah apa-apa

Dicintai seseorang adalah sesuatu

Dicintai seseorang yang kau cintai sangatlah beerti