Sabil al-Muhtadin
Sabil Al-Muhtadin bab korban, akikah, perburuan, sembelihan dan pemakanan ini adalah sorotan himpunan permasalahan tentang 5 perkara di atas daripada kitab besar Sabil Al-Muhtadin karangan Kiyai Al-Imam Al-Allamah Al-Hammam Al-Fahhamah Alsyeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al-Banjari yang telah disalin dan disusun semula oleh al-Ustaz Mohammad Haidzir bin Hussin bin Ibrahim dan dipermodenkan bahasanya untuk mudah difahami oleh pembaca kontemporari tanpa berkurangan maksud isi kandungan dan hukum hakamnya oleh al-Ustaz Fuad Ismail.Malah teks tulisan jawi masih dikekalkan untuk rujukan pihak pembaca yang memerlukannya. Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana fadilat dan implikasinya amat besar. Ia juga sebagai kemuncak tanda ubudiah kita kepada Allah Azzawajalla. Kefahaman yang mendalam mengenainya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita kepada Allah. Ibadat perburuan dan sembelihan pula tidak kurang pentingnya. Dua ibadat ini memainkan peranan penting bagi memastikan status halal dan haramnya haiwan sembelihan atau perburuan. Sekiranya penyembelihan dan perburuan tidak mengikuti cara yang betul sebagaimana tuntutan syariat akan menyebabkan haiwan tadi menjadi bangkai. Bab pemakanan pula menjadi topik penting di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Status halal atau haramnya sesuatu makanan mestilah berdasarkan pengetahuan syariat yang kukuh dan mantap sebagaimana yang telah digariskan oleh ulama-ulama silam. Penulis oleh Syeikh Muhammad Arsyad Abdullah al-Banjari
Palestin Kami Datang
Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!. Penulis oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr. Farhan Hadi
Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah
Dipetik dari Telaga Biru
1 comments:
@ Malah teks tulisan jawi masih dikekalkan untuk rujukan pihak pembaca yang memerlukannya.
-
Tulisan Jawi: Semakin Terancam?! Semarak Jawi.
http://typophile.com/node/74436
Post a Comment