Akulah hamba yang banyak berbuat dosa
Yang sering terhalang impianku untuk bertaubat
Akulah hamba yang berdukacita atas keterlanjuran
Hingga jadi gelisah dan bermuram durja
Akulah hamba yang tertulis dalam catatanNya
Bahawa aku amat takutkan pengawasanNya
Akulah hamba yang berbuat jahat dan derhaka dalam rahsia
Kenapalah hingga kini tidak menampakkan penyesalan
Akulah hamba yang bercampur baur
Antara kebaikan dan keburukan
Sia-sialah umurku, tak ku jaga waktu muda dan tuaku
Akulah hamba yang tenggelam di tengah lautan
Lalu menjerit tetapi tidak ada orang yang menjawabnya
Akulah hamba yang derita kerana kesilapan sendiri
Dan aku sedang berusaha mendapatkan penawarnya
Akulah hamba yang terbuang
Akulah hamba yang menzalimi diri
Dan telah ku jawab, di pintuMu aku berserah diri
Akulah Hamba
Posted by
al-fikr
Friday, May 20, 2011
0 comments:
Post a Comment