
Terkini dari Inteam Records Sdn Bhd, sebuah album VCD berkonsep hiburdidik bagi menarik minat kanak-kanak bersolat disamping menambah ilmu dan pengetahuan mereka tentang solat berjudul BIJAK SOLAT, kini telah berada di pasaran.
Album ini menampilkan Akhi Syah dari kumpulan Inteam sebagai hos manakala adik-adik dari kumpulan Shoutul Fikrah sebagai pelajar-pelajar yang mendalami ilmu dan kaedah bersolat.
Album ini memuatkan bacaan-bacaan dalam solat, wudhu' dan terjemahannya serta visual rukun-rukun solat dan wudhu' bagi menambah kefahaman kanak-kanak tentang solat.
Turut dimuatkan 3 buah nasyid yang berjudul Wudhu' Sempurna, Bijak Solat dan Marilah Bersolat bagi menambah keceriaan dan menarik minat anak-anak menonton VCD ini.
Album dalam format VCD ini sesuai untuk tontonan kanak-kanak dari usia 3 tahun ke usia remaja...
Pastikan anda mendapatkan album ini untuk panduan anak-anak, adik-adik mahupun anak saudara anda!! ![]()

dipetik dari inteam.com.my
:: BIJAK SOLAT BERSAMA SYAH INTEAM ::
Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
| Category: | Books |
| Genre: | Religion & Spirituality |
| Author: | Fatimah Syarha bt Mohd Noordin |
BUAT ADIK-ADIK REMAJA yang baru nak mengenali cinta,
ketahuilah bingkisan ini membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja,dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.
BUAT BAKAL-BAKAL PENGANTIN BARU,
ketahuilah bingkisan ini memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.
BUAT PENGANTIN BARU,
ketahuilah bingkisan ini membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.
BUAT PARA SUAMI,
ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu.
BUAT PARA ISTERI,
ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya.
BUAT IBU BAPA,
ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumahtangga dan berguna untuk ank-anakmu membina paradigma baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.
:: ALBUM NUR MUHAMMAD - INTEAM & UNIQUE ::
Senarai Mufti-Mufti Seluruh Malaysia
| Perlis | Y.Bhg. Sahibus Samahah Dr. Juanda bin Jaya | ||||||||||||||||
| Kedah | Y.Bhg. Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Sheikh Muhamad Baderudin bin Haji Ahmad | | |||||||||||||||
| Pulau | Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan bin Haji Ahmad | | |||||||||||||||
| Perak | Y.B. Sahibus Samahah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Harussani bin Haji Zakaria | ||||||||||||||||
| Selangor | Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid | ||||||||||||||||
| Wilayah Perskutuan | Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Wan Zahidi bin Haji Wan The | ||||||||||||||||
| Negeri Sembilan | Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohd. Yusof bin Haji Ahmad | ||||||||||||||||
| Melaka | Y.Bhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Rashid Redza bin Haji Md. Saleh | ||||||||||||||||
| Johor | Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohd Tahrir bin Dato’ Shamsudin | ||||||||||||||||
| Pahang | Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Abd. Rahman bin Haji Osman | ||||||||||||||||
| Terengganu | Y.Bhg. Sahibus Samahah Dr. Haji Alias bin Abdullah | ||||||||||||||||
| Kelantan | Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Hj. Muhamad Shukri bin Muhamad | ||||||||||||||||
| | Y.Bhg. Sahibus Samahah Datuk Haji Ahmad Alawi bin Haji Adnan | ||||||||||||||||
| | Y.Bhg. Sahibus Samahah Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi | |
G-Heart Muncul Dengan Mencari Kedamaian

G-Heart akhirnya tampil dengan album mereka,Mencari Kedamaian. Kumpulan yang berasal Permatang Bogak. Sesungguhnya, seketul daging itu, adalah Hati (Heart). Maka kumpulan Nasyid ini tampil di tengah masyarakat dengan nama hasil GABUNGAN dua prasa melayu dan Inggeris iaitu Generasi (G) dan Heart.Gabungan ini membawa kepada lahirnya sebutan yang amat bererti dalam membawa misi agama Islam iaitu JIHAD.
Menampilkan lagu-lagu seperti Iqra,Rintihan Hamba,Seruan Terhalang,dan lain-lain lagi. Album yang berharga RM15.00 boleh didapati dengan segera.
MAIWP Terbit Mini Album
Album ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai akan pentingnya membayar zakat. Maklumlah terdapat sebilangan daripada masyarakat kita yang merasakan tidak penting dan remeh dalam kehidupan mereka yang diselubungi dengan harta kekayaan yang tidak mampu memberikan pertolongan di akhirat kelak kecuali bagi orang-orang yang menunaikan zakat.Semoga kita dikalangan orang-orang yang menunaikan zakat insyaallah.Sedikit info mengenai mini album "Zakat Menjunjung Amanah",didalamnya terdapat 15 track iaitu 4 lagu mengenai zakat yang bertajuk indahnya berzakat,rukun ketiga,rintihan taubat dan PPZ menjunjung amanah.Selainnya seperti bacaan Al-Quran,syair,skesta mengenai zakat,doa taubat dan dialog penerima zakat.
Antara artis yang terlibat ialah Raihan, Firdaus (NowSeeHeart), Sixth Sense, Pyan (Saujana) dan Frizdan. Dapatkan dipasaran sekarang.
credit to Fenomena Nasyid.
In-Track Muncul Dari Bumi Sarawak

Sarawak mungkin tidak dikenali sebagai negeri 'kilang nasyid' namun tak bermakna negeri ini tiada langsung penggiat nasyid. Buktinya, kemunculan In-Track dengan album sulung mereka.
Album yang bertajuk Anugerah Cinta Nya ini merupakan produk sulung mereka di bawah label sendiri, In Track Productions. In-Track merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Yang menariknya, kumpulan ini terdiri daripada anggota-anggota yang lahir di Sarawak. Itulah keunikan In-Track. Jika dahulu kita hanya mendengar Kelantan, Kedah dan Terengganu sahaja sebagai kilang nasyid.
Album ini memuatkan 4 buah lagu iaitu Anugerah CintaNya, Perjuangan Hidup, Nilai Cintamu dan Ku Cinta Islam.Album ini boleh didapati dengan harga yang berpatutan.
Bagi yang ingin mendapatkan album ini serta membuat tempahan persembahan (terutama di Sarawak), hubungi 0148895729 (Mohd.Nasir).



















