Diriwayatkan bahawa pernah suatu musim kemarau menimpa Bani Israil dalam beberapa tahun yang berterusan. Ada seorang perempuan memiliki sepotong roti. Diletakkannya roti itu pada mulutnya untuk dimakan. Tiba-tiba datang seorang pengemis di depan pintu dan berkata, "Berilah aku kerana Allah, sepotong roti sahaja".
Perempuan itu mengeluarkan roti itu dari mulutnya dan diserahkannya kepada pengemis itu. Kemudian perempuan keluar ke padang belantara untuk mencari kayu. Dia mempunyai seorang anak kecil yang turut dibawanya bersama. Tiba-tiba datang seekor serigala dan menangkap anak kecil itu serta membawanya lari. Terdengar suara jeritan. Bersegeralah perempuan itu mencari jejak serigala. Lalu Allah SWT mengutus malaikat Jibril a.s dan mengeluarkan anak itu dari mulut serigala.
Diserahkannya anak itu kepada ibunya seraya berkata padanya, "Hai perempuan hamba Allah, puaskah engkau sesuap roti diganti dengan keselamatan anak?" Perempuan itu menjawab, "Ya".
Terdengar suara mengatakan, "Demikianlah balasan kepada orang yang mengasihani orang miskin dan kelaparan. Kami selamatkan dan kami pelihara sebagai balasan bagi orang yang berbuat baik".
Kebaikan Terhadap Orang Yang Mengasihi Fakir Miskin
Posted by
al-fikr
Friday, July 08, 2011
0 comments:
Post a Comment