Khusyuk di Masjid, Jujur di Pasar
Posted by
al-fikr
Monday, July 04, 2011
Imam Abu Hanifah (w. 150 H) ialah seorang peniaga sutera. Beliau menjual dan membeli sutera daripada para pelanggannya. Pada suatu hari, seorang wanita datang datang untuk menjual kain sutera miliknya. Abu Hanifah bertanya: "Berapa harga yang engkau inginkan? Wanita itu menjawab: "Seratus dirham".
Abu Hanifah berkata: "Harga kain ini lebih mahal daripada itu. Berapa harga yang kau inginkan?" Perempaun itu menaikkan harga menjadi dua ratus dirham. Abu Hanifah tetap berkata: "Harganya lebih mahal daripada itu."
Akhirnya perempuan itu berkata: "Engkau hendak mempermainkan aku?" Abu Hanifah menjawab: "Tidak. Jika engkau mahu tahu, sila datangkan seseorang yang benar-benar tahu harga sebenar kain ini."
Wanita itu lalu menghadirkan seseorang yang mengetahui harga sebenar kain tersebut. Orang itu menilai kain itu dengan harga lima ratus dirham. Imam Abu Hanifah lalu membelinya denagn harga tersebut.
Kejujuran seperti ini yang kita harapkan daripada setiap orang yang melakukan solat. Dia tidak sekali-kali cuba mengambil kesempatan atas kekurangan orang lain, walaupun dia mampu melakukannya, apalagi menipu unutk keuntungan peribadi.
0 comments:
Post a Comment